Wednesday, May 16, 2018

Keramat 9 Mei

Rupa2 nya bulan Mei ni bulan yg ditakuti oleh BN yang memerintah Malaysia. 9 Mei semua rakyat Malaysia telah keluar mengundi Dan menyatakan hak Dan pendirian masing2.

Nasib tidak menyebelahi BN kerana majority rakyat telah menolak BN. Pakatan Harapan telah memenangi byk kerusi Dun n Parlimen.PH diketuai oleh Tun Mahathir.

Kini Tun M telah pun dilantik menjadi PM Malaysia ke 7. Dan beliau telah membentuk beberapa menteri cabinet. Antaranya menteri kewangan Dan pertahanan. Syabas Tun M!

Namun,Kelantan masih lg kekal di bwh kerajaan PAS Dan satu negeri lg jatuh ke tgn PAS iaitu Terengganu. Syabas untuk Kelantan n Terengganu!

Tuesday, April 17, 2018

Dunia itu bangkai

Seandainya dunia yang kita kejar hari ini dapat menemani kita ke alam kubur,,,,,kejarlah. Bila dah dapat tu dakapilah ia...kucup dan cium ia.

Tapi bila mana jika rasa dunia itu adalah tak ubah seperti bangkai yang busuk, maka lepas lah ia dari genggamanmu. jangan pedulikannya. Ia tidak kekal bersama kita. Ia tidak dapat menolong kita dan menemani kita di alam kubur.

Tau tak apa itu dunia???

Dunia itu adalah merangkumi harta benda, anak2, pangkat dan jawatan, wanita cantik, perhiasan dan lain2 lagi.

Orang yang tergila2kan dunia akan kejar perkara2 di atas. Saling tak tumpah seorang yang kelaparan akan sentiasa mencari2 makanan. Di mana ada terhidu bau makanan maka di situlah dia akan mencari makanan hinggalah dia dapat.

Be Aware untuk dunia kamu. Jangan sampai ia menjerat kamu hingga kamu hanyut dengannya dan leka dengan Allah SWT.


Monday, April 9, 2018

Teknologi vs jin

Rupanya dengan adanya teknologi terkini seperti gajet@ handphone dapat juga untuk bertarung dengan jin,syaitan mahupun iblis. Kalau dulu aku fikir hanya ruqyah yg dilafazkan oleh seorang perawat@mualij sahaja yg berkesan ke atas pesakit.

Kini dengan adanya hanphone,ia juga dapat bertempur dengan makhluk halus ini. Aku dulunya tak tarcaya tp kini dah mempercayainya.

Lewat malam,datang seorang hamba Allah kepadaku mengadu tentang sakit lenguh di anggota pehanya. Lepas itu mengadunya pula lenguh yg amat sangat pada anggota lengan Serta telapak tangannya....aku urut sambil membaca beberapa ruqyah...

Sehinggalah pada suatu Masa aku terasa lain macam pd hamba Allah itu. Lantas aku Mula Azan Dan ku lihat matanya meliar ke arah mukaku. Aku dah Mula syak bahawa dia dah kerasukan. Aku teruskan bacaan ruqyahku sehinggalah ke penamatnya....

Dari gerak gerinya masih lg dia kerasukan sehinggalah terpacul keluar Dr mulutnya beberapa perkataan "aku mengantuklah....nak tidur"....acapkali dia ucap begitu...aku fikir dia "jin tidur".

Selepas beberapa lama aku meneruskan bacaan ruqyahku. Kekadang dia terjaga Dan tertidur semula...beberapa Kali dia Cuba psyko aku dgn berkata " mu tak mengantuk ko? Pergi lah tidur...aku tak layan cakap dia.

Sehinggalah lah aku ketandusan idea untuk membaca ruqyah.Alhamdulillah Allah beri idea pdku supaya aku membuka ruqyah syariah melalui you tube.aku taip Maka keluarlah ruqyah drp Syeikh Misyari Rasyid Al Affasi.Aku pasang Dan letak Kat telinga dia. Berhasil Dan menjadi. Dia menangis dan gelisah. Aku running ruqyah tu hampir Satu jam lebih sehinggalah aku rasakan bhw "dia" dah keluar ikut tangan Dan mulut.

Satu ilmu baru bg diriku bhw dpt juga pasang ruqyah melalui YouTube kpd pesakit. Dan aku juga dpt rasa bhw Syeikh Al Masyari pun orang hebat Dan ada karamahnya tersendiri. Barakallahu fikum Syeikh.


Kpd yg membaca entry jgn buat spt aku ni jk kalian belum lg meceburi dunia perawatan Islam ini.kena berguru dulu utk belajar. Jika tidak,pasti anda akan ditipu setipu tipunya....Don't do like this at home!

Tuesday, April 3, 2018

Dietku

Semalam bermulalah episode baru bagi perut aku. Maksud aku ialah aku dah Mula mengamalkan pemakanan sihat untuk perutku. Biasanya bekfes setiap pagi aku selalu ambil nasi tapi Kali ni berbeza sikit.Tak banyak bezanya cuma dlm kuantiti yg sedikit.

Inilah bekfes aku Hari pertama.memang memberontaklah perut aku semalam...

Ini Hari kedua aku,Hari ni lah.roti kacang bean n sayur (karot,tomato n timun)

Cuma tengahari nanti aku bercadang nak cari nasi. Take pasti la pulak Ada ke tak Kat kantin tu.

Ok lah moga diri ini sentiasa sihat Dan istiqamah dlm amalan.

Sunday, April 1, 2018

Solawat Badawiah


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى نُورِ الأَنْوَارِ. وَسِرِّ الأَسِرَارِ. وَتِرْيَاقِ الأَغْيَارِ. وَمِفْتَاحِ بَابِ الْنَسَارِ. سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَارِ. وَآلِهِ الأَطْهَارِ. وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ. عَدَد نِعَمِ الله وَأِفْضَالِهِ.

Bio-data syeikh:

Syaikh Ahmad bin Ali Bin Yahya Al-Badawi lahir di Kota Fes, Maroko pada tahun 596 H./1199 M adalah seorang imam sufi, wali kutub dan pendiri thariqah Al-Badawiyah. Beliau dijuluki Al-Badawi selalu menutup wajahnya seperti kebiasaan Arab Badui. Kakek beliau sebelumnya bermukim di Jazirah Arab. Kakek beliau datang di Fes Maroko akibat semakin brutalnya aksi Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi terhadap kalangan Alawiyin

Nasab Al-Badawi dari jalur ayah sampai kepada sayyidina Husein bin Ali, bin Fathimah Az-Az-Zahra' binti Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam. Berdasarkan kesepakatan ulama nasab, dan ahli sejarah, secara lengkap nasab beliau adalah Ahmad bin Ali bin Yahya bin Isa bin Abu Bakar bin Ismail bin Umar bin Ali bin Utsman bin Husein bin Muhammad bin Musa bin Yahya bin Isa bin Ali bin Muhammad bin Hasan bin Ja'far Az-Zaky bin Ali Al-Hadi bin Muhammad al-Jawwad bin Ali Ridlo bin Musa al-Kadhim bin Ja'far As-Shadiq bin Muhammad al-baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib


Wednesday, March 28, 2018

Majlis Tadarus Al Quran

Tilawah Al Quran (Johan/lelaki)
Che Khairi bin Che Rias

Syarahan (naib Johan/lelaki)
Mohd Hafizul bin Rosli

Tempat ke 3(syarahan spontan/perempuan)
Malika Uzma







Straight A SPM 2017


Pelajar straight A dlm SPM thn lps. tahniah drp blog ceritaabi.

Mereka lah nanti yg bakal menjadi pencetus sumber inspirasi kpd adik² SAIS nanti .

Wednesday, March 14, 2018

Result SPM 2017

Ari  ni SPM kluar. seperti biasa aku tetap cool n steady.Tak rasa berdebar ataupun risau. Orang @ cikgu lain memang berdebar. Takut result bebudak ni jatuh.

Sampai hari dinanti2 keputsan kluar, hanya 9 orang dpt straight A. Thanks la sbb ajar diorang. Tahun lepas 15 orang dapat. Menurun graf sedikit.

Apa² pun tahniah pd mereka yg berjaya.

Tuesday, March 13, 2018

Hidayah




Hidayah tu milik Allah kan? Kita sebagai hamba tak mampu nak bagi hidayah pada seseorang. Hanya Allah yang mampu bagi. Kita hanya boleh berusaha sahaja supaya seseorang itu dapat hidayah.

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berusaha untuk bapa saudaranya, Abi Talib supaya memeluk agama Islam. Tapi bapa saudaranya enggan kan ? Tu maknanya hidayah milik Allah.

Kita hanya mampu berdoa sahaja untuk kawan atau sahabat kita seandainya didapati dia membuat derhaka pada Allah. Itu lah jalan terakhir kita yang kita dapat buat selain daripada kita menasihatinya.

wallahu'alam.

Sunday, March 11, 2018

Hepi Besday Qan!

6 Mac adalah besday anak abi, Ahmad Furqan Hakimi. Dah masuk 9 tahun. Besar dah anak abi ni. Alhamdulillah wa syukru lillah. Bila dah besar tu perangai pun dah berubah. Kalau dulu, dia lah antara yang abi risaukan apabila dia menangis dan tak puas hati. Siap mengamuk lagi! tu yang tak tahan tu. 

Apa pun "Qan" abi doakan yang terbaik untuk Qan semoga menjadi seorang anak yang soleh untuk abi dan ummi, berjasa kepada agama Islam, sentiasa dalam limpahan dan rahmat Allah dan dijauhi daripada fitnah Dajjal. 


Semalam sempat ronda2 kat Bandar Setiu dan abi tanyakan Qan nak apa untuk besdaynya. Dia jawab nak bola sepak. Abi belikan sebiji untuknya. Gembira tak terkata dia dapat bola sepak tu. 


Insya Allah untuk anak2 abi sanggup korbankan apa saja. 

Friday, February 23, 2018

FB tu Dadah


Hari ni ramai yang tak celik dengan mata hati , apabila berleluasanya FB di kalangan muda mudi, tak kurang juga yang berumur dan berusia. FB telah masuk dalam kehidupan mereka secara tak langsung. Pendek kata tak buka FB satu hari rasa gelisah. Tak seronok kalau tak buka sebab tak tau berita apa yang orang lain buat....lebih dahsyat lagi, rasa tak puas hidup sebab tak dapat bagi 'sesuatu' pada orang lain tentang apa yang kita ada. Kononnya nak 'share' lah.

Ketahuilah olehmu bahwa FB itu jarum Yahudi yang ingin melalaikan Umat Islam. Sedaya upaya mereka cuba untuk menjauhkan orang Islam daripada Allah SWT. Dan cara yang mereka bawa adalah dengan mengasyikkan manusia dengan FB. Seseorang akan berseronok dengan FB. Seronok untuk posting apa yang dia buat. Rasa seronok bila ada kawan2 komen.Rasa seronok bila dapat banyak LIKE darpada kawan2....huhu ...itu lah namanya dadah FB. Kita akan khayal dalam dunia FB. Lebih malang lagi banyak masa dihabiskan dengan FB.



betulkah begitu??? orang yang ketagih dadah @ ganja macam tu lah kan? Mereka akan sentiasa mencari dadah setiap masa untuk kepuasan diri mereka. Kalau tak dapat satu hari mereka gelisah. Bila dah dapat mereka akan khayal dalam dunia dadah.

Begitulah juga halnya bagi mereka yang dah gian dengan FB ni. Mereka akan bukanya setiap masa. Terasa nak tau berapa LIKE dapat daripada kawan2. Terasa nak tau apa kawan2 kata tentang posting kita tu.

Kita tak sedar kita asyik membaca jer posting orang yang entah apa2 tu. Lepas habis satu posting, pindah pulak ke posting orang lain pulak....memang tak habis la. Tapi terkecuali la jika membaca posting yang ilmiah atau sesuatu info.


FB ini akan menggari kita sehingga kita tak boleh buat benda lain. Bila nak buat benda lain kita akan terikat dengan FB. Contohnya, kalau berada kat mana2 tempat, mesti akan dimasukkan posting dia dalam FB. Kalau ada minum atau makan sesuatu, mesti akan posting tentang makan minum. Pendek kata semua pergerakan nya akan tertakluk kepada FB.

Mahukah kita menjadi hamba FB sebegitu ??? Hanya mereka yang celik dengan mata hati saja yang akan berkaitan demikian. Selebihnya akan mengatakan .....

alaaa....sekali sekala share dengan kengkawan apa salahnya.

alaaaaa.....takkkan share begitu pun tak boleh.

nak kongsi dengan kawan,takkan tak boleh???dia pun kongsi dgn kite jugak!

Ketahuilah sahabatku, musuh Islam takkan senang dan duduk diam melainkan kita dah masuk perangkapnya. Mereka akan bertepuk tangan sebab kita dah jauh daripada ajaran agama Islam sebenar.

HELLO BRO!LUANGKAN MASAMU


Selepas bilal selesai mengalunkan azan pertama, aku lihat jari jemarinya masih seronok lagi untuk memetik handphone.Ya,, seronok.sehinggakan tak pandang kiri dan kanan hadirin di saf solat. Sungguh aku tak bohong dan aku rasa sikit terkilan dgn perangainya yg masih sedemikian walaupun hanya beberapa minit saja lagi khatib akan menaiki mimbar untuk berkhutbah.
Betullah kata alim ulamak, teknologi itu memberikan impak yg besar dalam kehidupan seharian seorang hamba Allah. Teknologi itu ada baik dan buruknya.Terpulang kepada si penggunanya.
Bila hal sedemikian terjadi kpd 'bro' seorang ni, aku rasa ada eloknya aku berpesan khasnya kpd diriku dan juga fbians yg lain agar tak tersasar sepertinya.
Masa yg mana lagi kita nak luangkan masa dengan Allah SWT???itulah saat² yang berbaki yg ada untuk seorang hamba bermunajat,berzikir, bertafakur, bermuhasabah dll....tapi kalau jari kita masih asyik lg dgn hp....entahlah tak tau nak kata apa.
Penampilannya tak ubah mcm seorang 'ustaz', berjanggut panjang dan berjubah lg...cukup untuk dikatakan persis ahli agama. MasyaAllah, boleh menimbulkan fitnah hal sedemikian.Aku tau dia adalah seorang pegawai di salah sebuah jabatan kerajaan. Tapi itulah......sesibuk mana kita pun dgn dunia kerja kita,,,,,LUANGKAN MASAMU UNTUK ALLAH. Masih byk lg masa yg Allah berikan untuk kita, takkan lah masa itu yg bro pilih. Simpanlah hp tu, perkemaskan qasad dan nawaitu untuk berjumaat.Berzikirlah...bermunajatlah...moga² itu lah saat mustajab doa.
Aku yg fakir di sisiMu

Sunday, January 21, 2018

Keajaiban Unta


Alhamdulillah segala puji bagi Allah
Alhamdulillah atas segala hal
Alhamdulillah atas segala ni'mat

Malam ini Allah telah gagahkan abi untuk menyampaikan sedikit ilmu daripada kitab Tafsir Al Munir karangan Dr Wahbah Az Zuhaily. Kali ini masih lagi di bawah tajuk 'Surah Al Ghasyiah'. Apa yang nak dikongsikan di sini adalah tadabbur kalamullah '' maka apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan?''  (surah Al Ghasyiah: 17) 

Sedikit perkongsian hasil carian dan mentelaah daripada internet.
Subhanallah amat ajaib penciptaan unta ini sehinggalah Allah rakamkannya dalam Al quran Al karim. Jom kita perhatikan keajaiban atau kelebihan yang Allah berikan pada unta.

1) Unta ini dapat tahan lasak di padang pasir yang suhunya boleh mencecah 50 darjah celcius.

2) Di atas belakang unta terdapat satu bonggol yang mana di situ lah ia menyimpan minumannya. Dikatakan ia dapat hidup selama 8 hari tanpa makan dan minum. Dikatakan juga ia dapat bertahan selama 3 minggu. begitu juga dikatakan ia dapat berjalan lebih kurang antara 500 - 1000 km.

3) mata sang unta terdapat bulu2 mata yang tebal. Ia digunakan untuk menghalang kemasukan pasir jika ada ribut pasir. Matanya juga jika tertutup akibat ribut pasir, ia masih dapat berjalan lagi kerana dikatakan matanya adalah transparent. Dengan erti kata lain dapat melihat walaupun mata tertutup.

4) Gigi sang unta ini kuat dan besar. Allah jadikan sebegitu kerana ia dikhususkan untuk memakan benda2 yang kasar seperti tumbuhan yang berduri dan seumpamanya. Di padang pasir banyak tumbuhan yang keras dan kasar. Jadi giginya yang kuat dapat mengunyah sesuatu yang keras. Perutnya juga mampu menghadam pelbagai jenis makanan dan tumbuhan.

5) Bulu di tubuhnya juga amat tebal. Untuk apa???untuk menahan panas cuaca terik matahari. Bulu tersebut dapat mengurangkan kepanasan.

6) Kakinya yang panjang dan tinggi itu juga adalah mengurangkan kesan panas matahari yang menerjah pasir. Bila kakinya panjang maka badannya pun akan menjadi tinggi daripada pasir dan sudah pasti akan mengurangkan kepanasan yang ada.

7) Tapak kakinya yang besar akan membantunya berjalan dengan senang atas padang pasir. Tidak mungkin tenggelam kakinya dalam pasir sekalipun badannya yang besar. Kaki manusia mungkin akan tenggelam dalam pasir tetapi kaki unta tidak.

8) Susu dan air kencing unta adalah bermanfaat untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit antaranya kanser. Subhanallah!! Air kencing unta bukan najis.

Itulah hebatnya sang unta@ jamal !

Saturday, January 20, 2018

Zip mulut Buka hati II

Alhamdulillah thummal hamdulillah...

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan kekuatan untuk jari jemari ini berbicara. Ya, berbicara tanpa suara. InshaAllah.

Kali ini bukan untuk mengulas ceramah Ustaz Muhammad Al Amin tapi rasa ingin mengutarakan sesuatu yang berkaitan dengan topik tersebut. Mungkin ada kaitan dengan tajuk atau mungkin tiada kaitan dengan tajuk.

Zaman ini adalah zaman ledakan teknologi maklumat. Pelbagai teknologi timbul dan muncul samada teknologi perhubungan@komunikasi  mahupun teknologi ketenteraan. Suka untuk dibicarakan dalam entri kali ini adalah berkaitan teknologi komunikasi. Macam2 kan telekomunikasi hari ini. Dengan whatsappnya...telegramnya...facebooknya...Instagramnya...tweeternya dan pelbagai lagi. Mungkin banyak lagi tapi tak disebutkan di sini. Maaf abi tidak mengikuti teknologi komunikasi yang kian tumbuh ini seperti cendawan yang tumbuh sebaik hujan.

Sebagai contohnya, facebook. Bila sebut tentang FB tentu ramai yang mengetahuinya hatta anak2 kecil pun tahu. Begitu juga makcik2 di kampung pun tak kekok untuk menyebutnya. FB lah alat untuk berkomunikasi antara seorang dengan seorang yang lain. Asalnya FB ini adalah baik dan bermanfaat. Dengan FB lah kita dapat berhubung dengan orang yang jauh. Dapat melihat gambar2 yang dihantar walaupun jauh beribu batu. Terima kasih FB!

Tapi sedarkah kita bahawa FB itu silap haribulan ia boleh memesong niat seseorang. Bagaimana ?
Jom kita perhatikan dan sama2 fikir....

Pada asalnya seseorang itu ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan kawannya. Dia boleh hantar gambar untuk diberitahu kepada rakannya. Lama kelamaan 'sharing' itu dah menjadi satu habit kepada dirinya. Sehinggalah dia sharing pun bukannya sesuatu yang bermanfaat. Mungkin anda pernah lihat situasi sebegitu seperti yang abi katakan ini. Posing dengan gaya yang pelbagai.Ada gaya yang menghairahkan dan menggiurkan. Muda mudi tua bangka pun turut sama membuat aksi sebegitu. Ada juga para isteri berkelakuan demikian. Ini semua boleh menimbulkan fitnah.

Tak kurang juga bagi yang gatal tangan menulis apa sahaja dalam FB...Dan jika kita baca kita rasa tak patut pun dia tulis sedemikian. Contohnya...
                             " rasa boringlah...."
                             '' mengantuknya...''
                             '' menyampah betul...''
Bagi abi perkataan sebegitu tak perlu lah kita nak tulis dan luahkan melalui FB. Apa faedahnya untuk orang lain???Nak raih simpati???masya Allah...Zip mulut tu dan buka lah hati tu...Adalah lebih baik anda menulis perkataan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar....Betul tak??? itu sebab abi kata >>>>zip mulut buka hati. Tak semua benda perlu kita tulis dalam FB tu. Renunglah sejenak wahai sahabat sekelian.


bersambung lagi inshaAllah....

#mata sudah mengantuk
                           

Monday, January 8, 2018

Ustaz Muhammad Abdullah - Zip Mulut Buka Hati





ANTARA ISI CERAMAH / 10 TIPS PASANGAN BAHAGIA :



1) Jangan cerita keburukan keluarga pasangan masing2.
2) Jangan bagitau pasangan apa yang ibuayah pernah cerita tentang negatif pasangan masing2.
3) Jangan ceritakan pada pasangan tentang apa2 rawatan yang pernah dilakukan sebelum ini, terutamany arawatan mental.
4) Jangan sesekali cerita tentang Ex-BF kepada pasangan.
5) Jangan sesekali sebut hal negatif tentang keluarga pasangan masing2.
6) Jangan mengkritik hal2 keluarga pasangan masing2.
7) Jangan suka bercakap tentang fizikal badan (kelemahan) @ apperiance pasangan  masing2.
8) Jangan sesekali zahirkan /kritikan hadiah pemberian pasangan kita.
9) Jangan sesekali menyatakan apa yang dirasakan perasaan negatif dalam hati. Contoh : tak sayang
10) Jangan sesekali ceritakan pada pasangan keaiban diri yag telah ditutup oleh Allah.

Abi syorkan dengarlah baik2 isi kandungan ceramah ni. Sangat menarik. Dengarlah wahai para suami dan isteri.

#sambil bekerja sambil layan ceramah. 2 in 1

Sunday, January 7, 2018

Qiyamullail pertama


Alhamdulillah dengan izin Allah Qiyamullail yang pertama dapat abi buat bersama anak sulong abi, Wildan pada hujung minggu lepas. Plan asyik tak menjadi saja tapi kali ini syukur ianya menjadi. InshaAllah plan yang akan datang coming soon Februari pulak. InshaAllah. Ya Allah berilah kepada kami kekuatan rohani dan jasmani.

Maaf bukan nak menunjuk atau bukan nak riak atas apa yang dibuat. Hanya sekadar untuk memperingati antara satu sama lain. Sebab apa??? Sebabnya anak adalah amanah daripada Allah. Ibubapa lah yang kena jaga amanah ini. Bukan setakat memberikan makan dan minum serta tempat tinggal sahaja bahkan lebih daripada itu ialah mengajarnya anak2 supaya "taqarrub diri'' kepada Allah SWT.

Taqarrub itu lah bekalan diri untuk berjumpa dengan Allah SWT. Bila seseorang anak itu mentaqarrubkan diri kepada Allah, InshaAllah Allah akan sentiasa menjaganya setiap masa. Kita tak mampu sebagai ibubapa nak jaga anak kita setiap jam dan setiap ketika. Oleh itu kita serah kepada Allah untuk menjaga mereka dengan cara bertawakkal kepada Allah. Bukan tawakkal semata2 tapi tawakkal kita adalah dengan 'senjata' iaitu ''Taqarrub''.

Sekarang ini ibubapa macam tak tau cara nak didik anak. Hantar anak ke sekolah yang hebat2, SBP atau MRSM misalnya....diorang rasa dah terlepas daripada tanggungjawab. Sebenarnya tak. Ramai daripada ibubapa dah tersalah faham. Seolah2 mereka merasakan pendidikan itu sudah terlepas daripada tangan diorang.

Begitu juga ada ibubapa yang merasakan tugas mereka dah selesai dalam mengajar anak apabila anak itu sudah memasuki sekolah agama ataupun sekolah2 tahfiz. Bukan bermaksud nak menyalahkan sekolah agama ataupun memandang remeh kepada sekolah agama tapi harus diingati bahwa tugas mendidik anak itu terletak atas kepala ibubapa. Bukan atas kepala guru2 di sekolah. Guru2 di sekolah hanyalah orang yang membantu dalam mendidik@mentarbiah anak2..... Ingatlah...anak2 adalah cerminan keppada diri kita sendiri.

Masih banyak lagi para ibubapa yang harus diajar kepada anak2. Ajar adab/akhlak itu yang penting. Anak2 sekarang ni kurang adabnya. Kalau tak diajar akhlak kepada anak2 itu, siapa lagi nak ajar ??? Cikgu di sekolah??? Ingat lah!!! cikgu di sekolah tu lebih berfokus kepada akademik semata2. Bukannya adab. Hanya segelintir sahaja yg menitik beratkan bab adab. Percaya lah... Sebab tu ibubapa harus memainkan peranan untuk mengajar adab2 Islam kepada anak2 mereka. Bukan mengajar mereka sehari atau 2 hari tetapi sentiasa atau setiap hari berlakunya pelajaran adab itu di rumah.


Baby Affan di Taska Ummu Falah

Affan dah mula diletakkan di pusat asuhan. Taska Ummu Falah, Setiu. Berdekatan dengan Pok Kancil juga. Harap2 dapat la Affan membiasakan diri duk situ. Sayu rasa hati bila nak letakkan Affan kat situ. Entah kenapa....

2 3 hari sebelum tu, tokmek menelefon abi bertanyakan khabar Affan dan yang lain2. Tokmek pun rasa sayu dan kesian juga bila Affan diletakkan kat situ. Nak buat macam mana ....dah memang tuntutan kerja camtu. lain la kalau Ummi tak kerja. Boleh ngasuh 24 jam.

Moga Affan selesa kat sana dan dilindungi Allah SWT hendaknya. Bimbang juga rasa hati takut tak dicakna oleh kakak2 pengasuh kat situ. Maklumlah macam2 citer kite dengar kat taska tu. Harapnya ok la. InshaAllah.


Wednesday, January 3, 2018

Kurang bebanan

Alhamdulillah tahun ni kurang sikit bebanan kerja berbanding pada tahun2 lepas. Rasanya stress kerja abi makin menurun, InshaAllah. Ye lah rasa cam tak adil rasanya sebab banyak benda@kerja yang abi pegang tu berat2 belake rasanya....

Citer dulu2 la....dulu pegang rakaman (dokumentasi peristiwa) , Majalah PERMAI, Ketua Rumah Kuning, Ketua Panitia BA dan Guru Penasihat Persatuan BA. Memang berat dan tak terbuat la.

Syukur alhamdulillah tahun ni diorang gugurkan abi daripada jadi penyelaras majalah dan ketua rumah kuning. Kurang la sikit.hehehe

Sepatutnya buat la pemberat setiap orang guru tu. Apa kerja yang guru buat. Berapa tanggungjawab yg dipikul. Biar nampak semua tugas2 guru. Jangan lah asyik duk tuju pada '' guru2 tertentu'' je pikul beban kerja. Kesian la. Dia pun ada anak isteri juga. Nak cari makan juga seperti orang lain.

Guru lain yang kurang dapat tanggungjawab asyik duk goyang kaki jer. Orang lain yang penat. Orang lain yang kena buat kerja dia, itu lagi parah.

So, kepada pihak2 atasan buatlah pengagihan tugas dengan sempurna dan seadilnya. Jangan diberati sebelah pihak sahaja. Gaji sama banyak tapi 'dia' lah yang paling banyak pikul tugas. Ingat! anda sebagai pemimpin anda akan dipersoalkan di akhirat nanti. Kenapa tidak berlaku ADIL. Kenapa si fulan bin si fulan kerjanya banyak berbanding yang sorang lagi tu walhal gaji sama2 besar.

Tapi kalau lah si fulan tu dia sendiri yang minta kerja banyak lainlah. Itu masalah dia. Yang jadi masalahnya adalah pembahagian tugas yang tidak relevan. Ikut sedap suka kepala otak dia je nak letak siapa yang kena pikul amanah. Yang nampak 'aktif' diberikan banyak tugasan, yang 'slow' tu kurang lah sikit. Ehhhh! you kan bos@pengarah@orang atasan dll you berhak menasihati@ memarahi orang2 di bawah jika lembab nak buat kerja atau tak amanah kerja. You tak perlu takut pada orang bawahan you! You kan ketua!

Ingat lah wahai bos2 sekelian .....anda akan ditanya dan dipersoalkan di mahsyar nanti. renung2 kan lah jika ada bos2 yang terbaca tulisan si fakir ini.

wallahu'alam.


Tahun 2018



Tahun 2018 datang menerpa diri....ahlan wa sahlan wa marhaban bika ...

Tandanya apa kita berjumpa dengan tahun ini?
Tandanya umur kita dah makin meningkat. Makin dekat dengan kematian. Makin dekat untuk dihisab di hadapan Allah. Masya Allah....pejam celik....pejam celik...dah 2018.

Apa yang abi dah buat untuk tahun lepas tu....waduhhhhhh....banyak sangat perit maung nya dalam hidup tu. Astaghfirullah ....

Yang manisnya alhamdulillah....
Yang tak manisnya astaghfirullah....moga Allah ampun kan dosa abi!

Dalam hidup kita ni tak lepas lari dari pahit dan manis. Betul tak? ada yang manis dan ada yang pahit. Semuanya atas landasan dan perjalanan takdir Ilahi.

Moga tahun ni, tahun yang lebih bermakna bagi diri abi dan lebih memakna kehidupan abi. Amin.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.