Tuesday, August 22, 2017

Buli@gaduh

Buli ....buli.....buli....

kali ni 4 orang budak dipindahkan ke sekolah lain. Kes nya apa? Buli, gaduh.....isyyyy takde keje lain ke budak2 ni. Mak ayah suruh datang sekolah untuk belajar, korang mari sekolah untuk bergaduh pula. Kenapa korang ni ? Nak tunjuk hebat kah? Bukan itu caranya untuk tunjuk hebat...

Tunjuk lah hebat korang tu pada subjek. Biar strong semua subjek! Barulah hebat. Ni tidak, dah la belajar tak berapa pandai, nak jadi pembuli pulak di sekolah. Kalau begini lah. memang hancur lah masa depan korang dan masa depan Islam.

Takde gunalah ayahanda korang, PKHem korang dan guru2 lain duk bagi semangat dan motivasi suruh korang belajar sungguh2. Korang tak ikut nasihat diorang. Korang derhaka pada guru korang. Betul cakap ni. Derhaka ni bukan saja pada mak ayah, tapi dengan guru pun boleh jatuh derhaka juga tau!Camner lah korang dan ilmu korang nak berkat kalau derhaka pada guru. Silap ari bulan hidup korang pun takde keberkatan sebab derhaka pada guru dan menyusahkan mak ayah.

Ingatlah anak2 abi yang lain, jaga tingkah laku dan perangai di asrama dan sekolah. Tugas korang adalah belajar dan bukannya jadi samseng @kaki pukul kat sekolah. Kalau nak jadi samseng korang boleh "blah" dari sekolah ni. Ni tempat orang cari ilmu bukannya tempat nak lahirkan kaki2 pukul.

Hidup korang tak ke mana jika korang jadi kaki pukul. Walaupun korang jadi kaki pukul yang hebat pada masa sekarang ni tapi korang harus ingat satu masa nanti korang juga akan tua. Bila tua korang akan lemah. lemah badan dan sakit2. Masa tu korang pun dah tak kuat lagi. Silap ari bulan orang lain pula yang buli korang.

Kehidupan dunia ni ibarat roda yang sentiasa berputar. Selagi mana ada kehidupan selagi itulah ia akan berputar dan terus berputar. Ia kan berhenti tatkala mana ada orang yang 'brek' roda tersebut. Siapa ? Allah yang memberhentikan putaran itu..........kiamat.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.