Friday, May 27, 2016

Karnival Ko Kurikulum & Hari Koperasi

Berita hari Khamis, 26 Mei.

P & P tiada dijalankan. Semua guru berkumpul di dewan Tok Setiu untuk program Hari Koperasi peringkat sekolah.




membaca perutusan ....

Orang kuat koperasi!

memenangi cabutan bertuah. Hadiah berupa baucar RM*****. Siap Kak Yus pesan lagi, tolong pi beli kat koperasi

Cg Nazihah pun dapat jugak

antara guru-guru yang hadir a.k.a  pemegang syer 


PK KO merasmikan penanaman pokok untuk Hari Koperasi.Pokok Mangga teeerrrr

awas! ini bukan geng clever girls


yg ni pula bukan geng samseng Kampung Dusun....geng Skema ni boh!


tadaaaaa!!!! peace for ISLAM


kongsi air ker ? hehe...air boleh dikongsi tapi underware tak boleh dikongsi 

 jual apa tu kak?? macam perfume jer...bagus lah. Nasib baik bukan jual insuran


Athirah dengan gayanya yang memikat hati pelanggan. Hopely, ramailah customer datang 


Mdm Nelly and I. shooting time by Syulha. Sesape berminat nak beli emas, boleh lah jumpa kawan abi ni kalau berminat nak beli

 permainan tradisional pun ada. mainan coh rasanya

main apa ni? Deccak ko? ko lompat Ketinting


recycle pun ada juga hasil sentuhan bebudak SAIS








Thursday, May 26, 2016

Usrah


bersama para naqib dan naqibah

rukun usrah yang pertama ialah "taaruf" .....berkenalan lah dulu.tak kenal maka tak cinta


Baru nak mula untuk mantapkan usrah.huhu....dari awal tahun lagi asyik tak menjadi jer....

Lepas buka cuti pertengahan penggal harap2 menjadi la.

Yang laki2 kita akan buat pada setiap hari rabu, jam 5 petang.

Yang pompuan pula kita akan buat setiap hari jumaat, waktu zohor.

Harap2 berjalan lancar nanti....inshaAllah


Tuesday, May 24, 2016

test drive...

nok memilikinya memang tak mampu....

naik yg orang punyer je la mampu....



bergaya dengan FJR...vrooooommmmm


Pasukan SAIS ke SMS Kubang Pasu

Sempena Hari Kecemerlangan SBP (HKSBP) seramai 8 orang pelajar telah menyertai hari kecemerlangan ini yang diadakan di SM Sains Kubang Pasu, Kedah. 4 orang daripada pasukan BM dan 4 orang daripada BI.








Semoga kejayaan bakal tercipta di sana nanti, Insya Allah.


Friday, May 20, 2016

ticers day sec 2

Belum puas lagi untuk bercerita pasal ticers day ni...

Kali ni abi kena naik pentas bersama kengkawan yg lain utk belanja dua lagu. 1 lagu "biarku menjadi lilin" dan 1 lagi nasyid "fatamorgana" ...

fisrt time naik pentas dendang lagu ni. masa di U dulu langsung tak pernah. takde peluang. lagipun kita ni orang tak pandang la....diorang ada grup sendiri dah.

so, kali ni abi hentam je la...ikut pengarah (Mr. Hazran)....bergantung pada dia lah. Kita yang awak2 buka mulut pelan2 jer...takut tersasul lirik! 

 Mr. Hazran n me

this is my team, no name yet! may be we call "Soutul Dakwah"...pls wait our sulung album


Mr Qzairuddin is one of the best singer in our team. Really Mr Hazran is the best. we're not chalenge him


So, nasyid is one of the way for dakwah. Dakwah is not in the mosque solely but its anywhere



Monday, May 16, 2016

Hepi Ticers Day

Memang tak pernah terfikir di benak fikiran abi untuk menjadi seorang guru. Tapi semuanya bermula selepas menamatkan SPM tatkala mengikuti Kursus Pengajian Bahasa Arab di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kota Bharu. 

Semenjak dari itulah mula tumbuh sedikit demi sedikit dan bercambah dari sehari ke sehari perasaan untuk menjadi guru. Sehinggalah Allah pilih abi untuk menyambungkan pengajian dalam bidang Bahasa Arab di Timur Tengah, Jordan. 

Alhamdulillah berkat doa kedua ibubapa abi dan sahabat2 kini abi bergelar guru. 

Hari ini 16 Mei kami diraikan oleh warga SAIS dengan meriah sekali....


senamrobik@panas badan dulu sbl masuk permainan


antara permainan yg dimainkan adalah nujum pak belalang....macam win loose tu...

permainan itu mengeratkan kasih persahabatan sesama guru

kelihatan ayahanda Tn Hj Noor Razi beraksi merebut kerusi

antara penyokong2 ABAS yg turut hadir

menggayakan tema Arab kali ini


bersama cleopatra@Nini Cg Mahadi

The Ramses!

mak oiiii! Firaun pun ada....harap yg ni beriman dengan Allah



Wednesday, May 11, 2016

PK HEM baru SAIS

Ahlan wa sahlan Ustaz Mohd Joha Bin Abd Wahab. Kedatangan al fadhil ustaz ke SAIS ni amat la kami alu-alukan...

Ustaz Joha yg sebelum ini telah bertugas di SM Sains Hulu Terengganu hampir beberapa tahun telah menyahut seruan untuk ke SAIS ni. Walaupun sudah lama di situ dan dikatakan beliau pun dah berada pada tahap yang selesa, namun atas nama perkhidmatan dan semangat untuk mendidik anak bangsa ini beliau tetap gagahi. 

Kami guru-guru SAIS dan seluruh warga SAIS mendoakan agar ustaz sentiasa berada dalam rahmatNya... Amin.

Selamat bertugas ustaz!!!


majlis penyerahan tugas yg diadakan secara ringkas semasa asembly...

Sunday, May 8, 2016

jom berkebun


baru nak berjinak2 dengan kebun. start nak tanam sayur2an. tomato lah, kailan lah, lada lah dll....


lada kontot dah berhasil....sayang pulak nak petik


ni dia sayur kailan, sedia utk dipetik. nak percuma silakan mai rumah

 si cilik pun tak nak lepaskan peluang possing maut sebelah pokok delima




Wednesday, May 4, 2016

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.