Saturday, November 21, 2015

cara atasi histeria di asrama

Assalamua'laikum wbth....

Apa khabar semua blogger dan peminat blog? lama sudah tak memetik keyboard ni...

Hari ni abi nak kongsikan cara-cara nak mengatasi histeria di asrama. Bagi warden khasnya memang pening kepala kalau berlakunya histeria kat asrama. Dah banyak kali abi menghadapi situasi sebegini sebagai seorang warden asrama.

1) jika berlaku murid kerasukan di asrama atau di sekolah, asingkan mangsa dengan murid yang lain. Letak murid yang sihat tu jauh2. Biarkan mangsa keseorangan, dengan erti kata lain ditemani oleh guru atau murid2 yang kuat 'semangat'.

2) jangan cuba membaca apa2 ayat daripada al quran. Biarkan mangsa. Guru2 jangan biarkan murid2 yang lain membacanya kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada pesakit @ makhluk halus. Seeloknya ayat suci al quran @ ruqyah dibaca oleh guru /ustaz ataupun mereka yang pakar dalam rawatan Islam ini.

3) jangan pegang mangsa. Jika anda pegang mangsa, mangsa akan meronta2 dengan lebih kuat lagi. Sebaliknya jika mangsa tidak meronta usah dipegang mangsa. jangan dikerumuni dan jangan buat bising di sekelilingnya.

4) Jika mangsa berada dalam surau, jangan biarkan ia mendengar bacaan ayat suci samada daripada imam ataupun cd/ corong mikrofon. Tutup mikrofon. Jangan gunakannya lagi. Asingkan mangsa di suatu sudut yang jauhh daripada orang lain.Biarkannya sendirian hingga tiba bantuan. Suruh murid2 yang lain pulang ke asrama mereka.

Awas dan ingatlah buat para guru/warden ataupun ustaz....jangan suruh murid2 bacakan ruqyah ke atas mengsa, kerana murid itu belum cukup ilmu lagi untuk menentang jin dan syaitan. Serah lah pada pakar untuk merawatnya. Yang penting ikuti langkah2 yang abi kongsikan tadi. 

wallahu'alam.


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.