Sunday, May 31, 2015

Pesta Wau Antarabangsa

Hari kedua, Sabtu sekali lagi meneruskan perjalanan ke Pengkalan kubor. Kali ni pergi atas urusan mengambil aksesori rumah (tunjuk langit@buah kuntum).

Selesai mengambil barangan tu, terus menuju ke Pantai Geting, Tumpat untuk melihat Festival Wau Antarabangsa. Rezeki kami ada. Masih ada lagi pesta wau dan hari yang kami pergi itulah hari terakhir. Banyaknya orang tuhan saja yang tau. Memang sejak dari bangku sekolah lagi abi bercita2 nak tengok festival wau. Tiada kesempatan masa dek kerna tinggal di asrama.

Kini semuanya dah termaqbul di depan mata. Allah maqbul juga biarpun lambat. Sebagai hambaNya jangan lah kita berperangka buruk dengan Allah. Kita rasa Allah tak maqbul doa kita. Tak baik fikir macam tu. Sebenarnya Allah akan maqbul doa kita cuma lambat atau cepat jer.
Jom kita layan sikit gambar sekitar festival tu.....





cuti pertengahan bermula

Cuti pertengahan penggal dah bermula. Entah la tak tau apa nak buat. Tapi yang pasti kertas exam bebudak ni belum lagi ditanda. Exam pun dah dekat dengan nak cuti. Memang dah niat pun nak menanda di musim cuti ni. 

Ummi pun sama juga,tak habis lagi menanda kertas. Habis menanda, key in markah pula. Itulah kerja cikgu2 bila tiba time exam. So, kalau yang tak berminat untuk menanda kertas baik jangan jadi cikgu. Buang karen jer...menyusahkan orang lain terutamanya SU Peperiksaan. SU Pep yang akan cari korang semua kalau korang tak key in markah. Sampai ke lubang cacing diorang akan cari! 

Hari pertama dalam cuti, abi n family ke Kampung Tapang,Kota Bharu. Ada jemputan Solat Hajat. Diberi kepercayaan oleh mak sedara untuk mengepalai solat hajat. Usai solat pula, pergi ambil Susu Halibs di Kampung Pulau Pisang, Kedai Buloh. First time pergi kampung tu...Kampung tepi sungai@muara. Jumpa kawan ummi 'sebisness' . Pastu pergi pula ke PCB, rumah kak chik. teman satu Jordan dulu.Pot pet2 di sana hinggalah isya'....


Perjalanan hari tuh berakhir pada jam 1130 malam lebih kurang. Destinasi terakhir adalah lelapkan mata di rumah mak di Felda Kemahang 2. Alhamdulillah selamat.

Saturday, May 23, 2015

sepanjang lawatan ke Kolej Tunku Khursiah

rasa terpanggil untuk berkongsi dengan rakan2 sepanjang lawatan penandaarasan di sebuah sekolah di negeri 9. .....TKC @ Kolej Tunku Khurshiah.

jom tengok gambar....

tengok tu....apa yang ada depan pelajar. sebuah tablet untuk kelancaran belajar

satu pelajar satu tablet. Memang memuaskan dan menyenangkan guru2
Kalau dapat ko budak2 SAIS ni, abih games di donlodnya :) 




Saturday, May 16, 2015

saisthon @ felda

Masih seperti dulu2 juga. Saisthon kembali lagi. Anak2 SAIS memulakan latihan seawal seminggu sebelum hari kejadian.

latihan dijadualkan secara bergilir2.Ada yang kena masuk felda dan ada juga yang kena buat training padang/balapan.

Cikgu2 masing2 beri komitmen...

 sesi pemanasan global bermula...

abe macho..Ehsan

KR rumah kuning(ABAS) membuat lompatan saujana, gaya terbaru





 yoo yoo yooo....

iklan muto Yamaha Ego...tapi dua2 tu pun still single lg. Boleh pm admin :)

iklan colgate sekejap !


serikandi....tapi takde kaitan dgn IS deh!

cepat cepat ....isi borang masuk amno

lari sambil kontrol ayu...piiii wiiiittt

Monday, May 11, 2015

LADAP di IAB,Bandar Enstek,N9

Ladap kali ni di IAB, Nilai,N9. Kalau tahun sebelumnya di IAB, kedah. Semua guru wajib hadir tiada excuse. Jom layan gambar je la...

baca doa dululah sebelum majlis bermula...MC suruh on the spot je.Teks entah ke mana...pakai hentam ikut terlintas je la. Apalagi full arabic version + ckit Malay version (diceduk dari wasap).

Korang kenal tak hamba Allah ni??Ni la En.Mohd Dawi dr IAB. Dah nak pencen tapi masih bertenaga dalam talk. Yg bestnye.....selalu je dia tanya abi dlm sesi talknya...takleh nak berkhayal sangat.huhu.

haaa....tu dia sebahagian daripada guru perempuan

ni lagi sebahagian...tersenyummmm+tersengih mungkin  sedang dgr joke dr pensyarah


sesi tamat! apalagi....dah kewajipan bergambar kenang2an....senyummmmmm....klik!klik!

sayonara LADAP.....

JUMPA LAGI DI LADAP 2016-IAB, GENTING HIGHLAND

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.