Tuesday, May 14, 2013

Hari Terbuka Asrama

Yang ni cerita lama...cam dah basi. HTA @ Hari Terbuka Asrama yang telah diadakan pada bulan 4 yang lalu. Kali ni abi kena ambil kisah untuk rumah ABAS (Abu Bakar As Siddiq) dari A hingga Z. Ketuanya ustazah Yuhanah cuti bersalin. So, abi yang kena gantikan tempatnya. Khemah kuning tu adalah gerai rumah abi.

Macam2 ada dijual di gerai. Yang tak pernah dijual kat pasar malam pun ada. Murtabak Maggi! pernah makan tak?? memang best. hero2 abi suka makannya. Sempat tambah lagi.

gambar diambil dari dapur rumah ABAS. hah! tengok tu bukan mai ramai lagi customer yang datang.




selamat hari guru


Sunday, May 12, 2013

sesekali biarlah qalbu berbicara...

Sesekali biarlah qalbu berbicara
sekadar menghilangkan penat lelah seketika
manakan tidak aktiviti bulan ni tak terkira
sampaikan  tak sempat untuk berjenaka

Sesekali biarlah qalbu berbicara
kerna mulut dah letih berbicara
makan dan minum pun tiada selera
apatah lagi ziarahi sanak saudara

Sesekali biarlah qalbu berbicara
biar oghe kata  hingga jelira
walaupun lidah tak dapat merasa
kerna itulah lumrah alam yang fana

Sesekali biarlah qalbu berbicara
tiada pautan hanya Allah jua
untuk mengembalikan sinergi tenaga
agar kerjaya mendapat pahala


Wednesday, May 1, 2013

Pengakap

Baris! Bariiiiiiiiiiisssssssss sedia!

Itulah laungan yang pertama setelah hampir 20 tahun meninggalkan dunia ko kurikulum. Kalau dulu di sekolah lama abi masuk Briged Bakti. Manakala di sekolah rendah pula pengakap. Kini ditugaskan untuk memegang (guru penasihat) pengakap pula di sekolah menengah. Di Miri dulunya tak pegang apa2 unit uniform.

Memang menjadi idaman abi juga suatu tika dahulu untuk memberi comand @ hukuman. Entahlah kenapa. Mungkin seronok kot dok melalak melaung. Kira macam bos la!

Entah la apa nak jadi pada hari Ko Ku selasa yang lepas, nak cari budak lelaki yang pandai memberikan hukuman pun susah. Ketua Pengakap sendiri pun tak reti nak bagi hukuman! Apa nak jadi ngan mereka ni. So, next time abi nak riso kertas 'hukuman' banyak2 nak suruh depa hafal!

Kali ni abi ajarkan mereka cara "buka barisan" dan "hentakan kaki 10 1 2". Cukup 2 pelajaran pada hari ini.



 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.