Sunday, May 22, 2011

Majlis wida' PASTI


Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan dengan kata terima kasih, jazakumullahu khairan kathira atas pemberian hadiah sebagai kenang-kenangan. Sebagai ajk dalam PASTI, banyak kekurangan daripada abi, abi minta maaf. Hanya insan biasa. Itu saja kudrat yang ada yang diberikan pada PASTI.

Semoga PASTI terus maju kehadapan dalam melahirkan insan soleh yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Thursday, May 19, 2011

Salahkah abi ?

Seperti yang dijadualkan abi akan masuk kelas mengajar subjek BA. Selepas memberi salam, perkara pertama yang akan abi buat ialah menatap wajah-wajah murid abi. Sebolehnya seorang demi seorang. Selepas itu baru mereka dibenarkan duduk.

Semasa menulis di whiteboard, sesekali abi menoleh ke belakang,memerhati gelagat murid. Takut ada yang bermain dan sebagainya. Jangkaan abi memang tepat apabila mendapati seorang pelajar S sedang melambung2kan pennya ke atas. Dilambungnya pen itu ke atas dan ditangkapnya semula.

" S, jangan kamu lambungkan pensel itu ke atas, nanti terkena kipas "....tegur abi. Berhenti dia seketika dan terdiam. Abi menyambung kerja untuk menulis di white board. Selepas beberapa ketika, abi terdengar satu bunyi lantunan. Ya memang tepat jangkaan. Pen yang dilambungnya itu telah terkena kipas dan terus tercampak keluar tingkap. Nasib baiklah pen tersebut tidak terkena mata murid-murid yang lain. Alhamdulillah ....dalam hati abi (tiada sesiapa yang cedera)

Terus abi ke tempat pelajar S tadi.
"kan ustaz dah cakap tadi, jangan baling pen ke atas. Cuba tengok apa yang terjadi. Pen dah kena kipas. Nasib baik tak tercucuk mata kawan-kawan kamu" leter abi.

Tangan abi terus menggetel dan mencubit telinganya. Getelan dan cubitan sebagai hukuman. Walaupun abi tahu ada undang-undang pendidikan yang melarang daripada menyentuh murid sesuka hati apatah lagi dalam memberi hukuman. Tak abi hiraukan. SALAHKAH ABI????

Wednesday, May 18, 2011

Entri kali ini bukannya nak menunjuk2 atau nak cari simpati mana2 pihak.Ianya adalah sekadar untuk tatapan anak2 abi pabila dewasa kelak.

Kali ini ummi didatangi ahli baru lagi. Dah nak masuk 2 bulan. Hampir setiap hari ummi akan rasa pening, loya dan muntah. Yang paling membimbang abi ialah ummi tak ada selera nak menjamah nasi apatah lagi untuk sesuap sahaja. Setiap apa yang ditelannya, pasti akan keluar semula selepas beberapa minit. Akibatnya ummi keletihan dan terlentang seperti mayat hidup.

Puas abi bertanya kawan2, bagaimana nak mengatasi masalah ini. Tak juga ketemu. Bila pergi ke hospital, dapatlah cuti @ mc 2 hari. Dapatlah berehat kat rumah. Selepas tu sambung kerja semula. Hari ini dah masuk kali ke 3 ummi ke hospital. Hampir semua wajah2 doktor tu dia kenal. Dan lebih tak hairan lagi doktor2 tu dah kenal ummi. Belum kertas kesihatan diberikan padanya, terus ditanya ..."muntah lagi ?"ummi dah mual dengan soalan macam tu. Kali ini abi yang jawab dan selalunya abi yang menemankannya berjumpa doktor. Kali ini doktor menahannya di wad hospital. Entahlah untuk berapa lama....

Cerita pasal rumah tangga tak usah nak cakap lah. Abi macam lipas kudung tercabut ekornya. Semua kerja rumah abi yang buat. Ummi dah pencen awal untuk tahun ni. Bermula dengan masak memasak untuk hero2 tu sampailah kepada kain baju masuk dalam washing machine tu. Semua tu abi yang buat. Rumah dah jadi macam kedai baju bundle dah....tak sempat nak urus dan lipat. Siap basuh longgok sana longgok sini....

Hari2 kena pikir resepi apa pulak nak dimasak hari ni...dulu chef ummi yang selalu tanya abi nak makan apa....ermmmm kali ni kita yg kena tanya dia dan anak2. Takper yang penting tak kebulur anak2 abi dalam rumah tu. Kalau tiba hari sibuk dan lewat pulang, alamatnya nasi cap kedai je lah mudah.

Sebagai pesanan untuk anak2 bahawa adakalanya kita senang dan adakalanya kita akan susah. Semua itu akan mematangkan dan mengajar kita apa erti hidup. Susah payahnya ummi mengandung hanya tuhan saja yang tahu. berbaktilah kepadanya selagi dia masih hidup....

12.56 malam
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.