Friday, March 25, 2011

Keputusan SPM

seorang pelajar "Nor Atiqah Che Taib " menerima slip keputusan denganwajah yang gembira


sebahagian calon straight A's SM Sains Miri

Wednesday, March 16, 2011

Kem Smart Solat III

Adik Effat, antara peserta termuda (5 tahun) yg paling aktif ke sana ke mari

Adik Hidayat (tahun 5 -SK Agama) yang dapat menunjukkan demo solat yg betul. Adik ni juga dapat menghafal surah yasin serta doanya sekali. wah !!!teruja abi

Sifu, Us Lutpi Aman Yasok turut turun padang membantu abi

turut membantu adalah pendidik yang bertudung hitam dan coklat di saf belakang

Tarikh: 16 Mac 2011
Lokasi: Surau Riam Jaya


Kem Smart Solat II

Peserta perempuan...bergaya dengan sijil mereka. Sijil dah dapat,,,solat jangan tinggal ye

sebahagian peserta lelaki yang mengikuti kem ini

tarikh: 15 Mac 2011
masa: 9 pagi - zohor
lokasi: Masjid Nur Hijrah, Pulau Melayu

apa ada untuk cuti?

kanak-kanak perempuan seusia 6 tahun adalah peserta termuda dalam kem ini

sedang mempraktikkan amali tayammum...macam nak bersilat gayanya

belajar dan makan haruslah seiiring...itulah dunia budak2

Ust Ibrahim Man menjadi vip untuk penyampaian sijil kepada peserta

Pengisian cuti yang pertama adalah mengadakan kem Smart Solat untuk budak2 di sekitar kampung Lopeng Tengah. Kali ni kita buat di surau mereka. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan. Kira2 70 orang peserta hadir termasuk kaum ibu.

Dengan bantuan daripada isteri abi, dan sepasang suami isteri lagi (Us Borhanuddin & isteri) kami mengisi slot2 hinggalah ke waktu zohor.

tarikh: 14 Mac 2011
masa: 9.00 pagi - zohor
lokasi: Surau Darul At Taqwa, Lopeng Tengah

Friday, March 11, 2011

Monday, March 7, 2011

peluang hanya sekali..jarang dua kali

Assalamu'alaikum wbth

Entri kali ni nak ceritakan tentang kisah peluang jangan disia-siakan. Hidup kita ini adakalanya akan bertemu dengan peluang tanpa kita jangka. Dalam sekelip mata peluang itu boleh muncul dan dalam sekelip mata juga peluang itu boleh lenyap dan lesap meninggalkan kita.

Pernah satu ketika abi ditawarkan dengan jawatan pensyarah di sebuah maktab perguruan di Sarawak. Segala urusan dipermudahkan olehNya hinggakan seorang sahabat abi sanggup menolong abi urusan temuduga tersebut tanpa mengisi apa-apa borang untuk tapisan. Peluang terbuka di depan mata. Selepas tamat temuduga, pelbagai persoalan timbul dalam hati apa akan jadi jika abi meneruskan karier abi sebagai pensyarah. Pada masa itu kami baru menyambut cahaya mata baru yang ketiga. Ditolak dan dicampur segala positif dan negatifnya,,,abi memilih jalan ini.......pendidik di sekolah.


Kali ini, peluang sekali lagi datang menyapa. BSBPSK (KPM) ada menawarkan kepada guru2 semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak untuk pulang berkhidmat di sekolah SBP yang akan dibuka nanti. Beberapa buah sekolah bakal dibuka tidak lama lagi termasuk di Setiu, Selangor, Mersing dan Johor.

Adakah ini peluang keemasan bagi abi??? Kalau di Setiu mungkin YA tapi kalau di tempat lain,,,ermmmm!

gambar SM Sains Setiu dalam pembinaan
http://www.facebook.com/photos.php?id=1250040596#!/photo.php?fbid=1545331393786&set=a.1545328633717.2069580.1250040596&theater

Saturday, March 5, 2011

Archery

pastikan lower tu utk bahagian bawah dan upper tu utk bahagian atas, pesan Ust Surjana kepada archers2. Silap pasang akan terbunuh diri sendiri!

Memanah peringkat kebangsaan SBP hampir tiba. Kali ni dibuat di SMS Tun Syed Syeh Syahabudin, PPinang.

Dijangka berlangsung pada 24-27 Mac ni.

Boleh dikatakan setiap hari turun Us Surjana dan abi utk training bebudak ni.

Good luck for team Sainsri!
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.