Monday, August 31, 2009

Ramadhan dan merdeka

Mujur 31 Ogos kali ini berada di dalam Ramadhan. Mujur juga apabila manusia sedikit sedar tentang ujian Allah melalui H1N1. Lantas, sambutan 31 Ogos dikatakan akan disambut secara sederhana di Dataran Parlimen sekitar 40 minit.

Tiada sambutan di ambang merdeka. Meraikan Ramadhan? Alhamdulillah. (Bid’ah dhalalah apakah jenis sambutan ini sebenarnya? Bercampur-gaul, berseronok dan berhibur, kemudian membilang jarum jam. Bahkan lebih melampau apabila sambutan itu disertai arak. Dan ia berakhir dengan ciri manusia yang tidak merdeka dari nafsunya. Bahasa mudah-zina. Setahun kemudian lahirlah anak-anak zina di hari sambutan kemerdekaan )

Sambutan itu juga ringkas dan tidak melibatkan ramai peserta atas sebab kebimbangan jangkitan virus H1N1. Amat baik untuk menjaga diri dari virus H1N1. Tetapi akhirnya ia kembali kepada imuniti badan. Bagaimana pula dengan imuniti iman?

Merdeka menurut perspektif syarak bukan sahaja bererti mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu negaraku, tetapi merdeka sebenar ialah apabila anda merdeka dari neraka Allah Taala.

Kita berada di bulan Ramadhan. Tidakkah Nabi menyebut tentang manusia taat akan dimerdekakan dari neraka?

Tidakkah kita berdoa ‘Allahumma a’tiq riqabana minannar’? (Ya Allah merdekakan tengkok kami dari neraka) Tengkok sahaja? Tidak. Dalam bahasa Arab ia disebut majaz- ‘itlaqul juz’i wa iradatul kul’ (sebut sebahagian iaitu tengkok, tetapi kehendaknya ialah seluruh tubuh badan). Doa kita sepanjang masa pun- dalam Ramadhan atau di luar Ramadhan ialah meminta hasanah/kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat serta minta dijauhkan dari api neraka.

dipetik dari http://www.niknasri.com

Safari dan ihya' lagi...

forum remaja

seminar ekonomi

Alhamdulillah kerana Dia masih lagi mengidupkan kita pada Ramadhan kali ini.
Takde benda yang nak diceritakan, cuma sebagai perkongsian dengan tetamu yang datang menziarahi blog abi ni. Masih lagi cerita tentang ihya' ramadhan dan kembaranya.

29 Ogos : abi sekeluarga meluangkan masa di ILP mendengar forum remaja "Remaja & Hedonisme". Forum berakhir kira-kira jam 11.15 pagi.
Malamnya pula kami (YAM) bersafari ke Masjid An Nur, Tanjung Batu, Pujut, berterawih bersama masyarakat di situ. Kali ni giliran abi mengimami solat terawih 20 rekaat.

30 Ogos: Abi ke pustaka Miri mendengar Seminar Ekonomi Islam. Program berakhir kira-kira jam 1.00 petang.

31 Ogos: Abi ke Masjid An Naim Lutong, ada forum Perdana "Ramadhan & merdeka". Bersungkai (berbuka) bersama jemaah masjid dan bersolat terawih di sana.

Friday, August 28, 2009

Permulaan yang baik...pengakhiran yg baik

Al hamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih lagi menghidupkan abi dalam universiti Ramadhan ini. Buat julung-julung kalinya abi bermastautin di bumi Miri ini, inilah kali pertama abi memulakan safari ramadhan bersama beberapa orang sahabat Amalian ke masjid-masjid sekitar Miri.

Apa yang pasti, abi terkesima apabila mengunjungi sebuah masjid yang berdekatan dengan rumah abi, penduduk kampung di situ begitu ghairah dalam melakukan amal ibadat sekali. Apabila sampai di masjid untuk parking kereta, kereta tak dapat di parking lagi. Semua telah penuh. Macam solat jumaat. Itulah Masjid Darul Istiqamah.

Safari kami seterusnya pun sama juga ke sebuah masjid di Permyjaya, Masjid Ar Rayyan. Parkir hampir tiada. maklumlah abi tiba dah lewat. Para jemaah membanjiri masjid hingga terpaksa dibuat saf baru di kawasan kaki lima masjid. Walaupun begitu abi tak dapat bertahan lama sangat untuk khusyuk dalam solat kerana gigitan nyamuk berbisa yang menusuk hingga ke tulang keting! Di situlah Tabung Saudara baru kita mula dilancarkan dengan rasmuinya oleh pengerusi YAM Akhi Muhtar Suhaili.

Seterusnya kami pergi ke Masjid Taman Tunku (lupa nama masjid). Berterawih dan bermoreh bersama penduduk di situ. Di sini ada sedikit kelainan dalam berselawat atas nabi. Tidak seperti kebanyakan masjid lain. Mereka memilih solawat yang panjang. " Allahumma solli wa sallim wa baarik 'alaih". Solawat sebegini jarang diamalkan oleh orang-orang di semenanjung. Walaubagaimanapun solawat begini tak salah!

Safari kami diteruskan lagi dengan berterawih di Masjid Nurul Ibadah, Kuala Baram. Sesampainya kami di sana (abi berdua sahaja) kami disambut dengan mesra sekali oleh penduduk di situ dan bersungkei (berbuka puasa) sama-sama. Kami dihidangkan nasi goreng dan mee goreng bersama dengan kuih muih yang banyak hasil daripada penderma-penderma. Di sini abi lihat pada papan kenyataannya bermula pada hari pertama puasa hinggalah ke malam 28 nya penuh dengan nama-nama penderma. Tapi yang musykilnya kenapa tiada malam 29 ?tiada pendermakah ? Dalam hati abi ....sibuk buat kuih raya kot :) Beberapa persoalan yang masih belum terungkai lagi apabila kami solat di sini, iaitulah kami tak dapat nak ikut rentak solawat jemaah di situ. Tidak jelas dan tak tau apa benda yang disolawatnya. Abi cuba juga bertanya pada sahabat yang lain, mereka pun tak tahu juga. Tapi yang abi respeknya, mereka ni solat terawih sebanyak 20 rekaat. Tiada yang buat sampai 8 rekaat. maintainnnnnn. Kami je yang tak mantain!


Wednesday, August 26, 2009

tidur yang enak....

Si Wildan dengan bantal upinnya

adiknya pula, Jazlan tanpa bantal

Nah! ini pula acik "Furqan" tidur macam orang takdak masalah....memang pun budak tadak masalah

Cerita tidur ni, semua orang pasti suka hinggakan kalau tak tidur @ tak cukup tidur mesti ada yang marah-marah. Kalau di bulan puasa pula macam mana? Boleh tidur ke? Boleh...tapi jangan terlalu lama kerana boleh mengurangkan pahala puasa. Kalau budak tidur takpelah....namanya budak. Kalau orang tua tidur macam budak terlalu lama....isy ! buruk nya perangai...mesti orang tu malas nak buat kerja...maaf jangan terasa kalau ada yg kena...orang tua macam kita ni tidur yang sesuai adalah 5-6 jam je semalaman. Lebih dari tu...dah melampau...mengalahkan bayi! Tak dapat dibayangkan kalau orang dewasa umur 40 50 tahun tidur 9-10 jam.

Tidur sedikit pun tak boleh juga. Kesian kat badan nak rehat. Cuba tengok rakan setugas yang tidurnya tak cukup... muka seposen je...asyik nak marah je...silap-silap bos dimarahnya. Balik rumah anak bini pula dimarahinya...oooohhhh tidak jangan amalkan amalan camni.

Monday, August 24, 2009

Koreksi diri


Hari ni dah masuk 4 hari kita puasa. Marilah kita sama-sama mengoreksi diri sepanjang 4 hari sebelum ni agar kualiti puasa kita diterimaNya:

1) solat terawih setiap hari 8/20 rekaat
2) baca quran setiap hari
3) bangun dinihari untuk sahur
4) menjauhi diri daripada mendengar benda lagha spt umpat, lagu, muzik ....
5) mendengar benda-benda yang baik spt cd ceramah agama, al quran...
6) memperbanyakkan zikrullah (tidak spt bulan-bulan lain)
7) berbelanja secara sederhana
8) merasai penderitaan saudara seagama
9) kualiti kerja meningkat
10) zakat ditunaikan secara berlebihan

Sunday, August 23, 2009

Amin Idris



Alhamdulillah atas segala hal dan urusan. Petang tadi semasa menghadiri program iftar jamaie di salah sebuah rumah sahabat, abi bertemu dengan seorang motivator dari semenanjung. Kebetulannya dia datang memberi ceramah motivasi di SMKA Miri.

Dalam pertemuan yang singkat petang tadi, abi sempat mengenalinya bahawa dia adalah ex-student SMKA Falahiah, Pasir Pekan (sekolah abi dahulu tahun 90-92). Walaubagaimana pun dia merupakan junior abi 3-4 tahun (kalau tak silap). Kami kembali mengimbau kenangan lalu tentang guru-guru yang kami sayangi. Tak lupa juga topik " guru garang + bengkeng " menjadi bahan sembang. Beliau adalah merupakan bekas lawyer lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kalau nak tahu lebih detail tentang beliau bolehlah layari http://www.aminidris.com

Mungkin inilah rahmat dari Allah seperti mana dalam hadis nabi ....." awalnya adalah rahmat.." Rahmat dalam berukhuwwah dan berkasih sayang kerana Allah SWT.


Saturday, August 22, 2009


AMAL Sarawak, 30 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak insya Allah akan mengambil bahagian dalam program “Safari Ramadhan Al-Mubarak 1430H” ke Masjid-masjid dan Surau-surau di Bahagian Miri anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri dengan kerjasama dan dokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung BaitulMal Sarawak, AMAL Sarawak, Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) dan Urusetia Saudara Kita (USK).

Alhamdulillah, satu mesyuarat dan taklimat berkaitan program telah diadakan pada Jumaat, 21 Ogos 2009, 10.00 pagi bertempat di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Kesemua wakil-wakil agensi dan pengerusi-pengerusi badan yang terlibat telah hadir dan memberi komitmen untuk menjayakan program kali ini.

Berikut merupakan jadual program berkenaan:

  • 25 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Masjid Al-Firdaus, Tmn Tunku
  • 27 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Nurul Ibadah, K. Baram
  • 27 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Batu 8, Jalan Miri-Bintulu
  • 30 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Mohd Taha, Bakong
  • 1 Sept 2009: Safari Ramadhan, Masjid Besar Marudi
  • 3 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Nur Islam, Kg Tiris, Bekenu
  • 3 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Madinah, Kuala Sibuti
  • 5 Sept 2009: Ceramah Perdana Ramadhan Bersama Ustaz Wan Sohor Bani Leman (Anjuran AMAL Sarawak)
  • 10 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Tegageng, Suai
  • 10 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kampung Iran, Suai
  • 13 Sept 2009: Safari Ramadhan, Masjid Baru Niah (Perasmian)
  • 15 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Satap, Bekenu

Selain program di atas, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak akan turut melaksanakan program berikut di Miri sebagai sebahagian daripada Ihya’ Ramadhan 1430H:

  • 22 Ogos 2009: Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan & Ceramah Ramadhan, Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya
  • 23 Ogos 2009: Sahur Bersama Anak-anak Yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah, Tudan
  • 28 Ogos 2009: Ceramah Ramadhan, Masjid Darul Istiqamah
  • 29 Ogos 2009: Diskusi ‘Remaja & Hedonisme’, ILP Miri
  • 29 Ogos 2009: Ziarah Mahabbah ke Hospital Umum Miri
  • 29 Ogos 2009: Ceramah Ramadhan, Masjid An-Nur, Pujut
  • 30 Ogos 2009: Seminar Ekonomi Islam, Pustaka Miri
  • 31 Ogos 2009: Forum Khas “Ramadhan dan Merdeka”, Masjid An-Na’im, Lutong
  • 5-6 Sept 3009: Program Semarak Wahyu, Masjid At-Taqwa Miri

Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan di dalam bulan yang mubarak ini akan mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Amiin Ya Rabb!

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1430 H


Semoga kedatangan Ramadhan Al Karim penuh makna buat kita semua. Jadikan ia sebagai bulan untuk menambah saham akhirat. Elakkan dalam melakukan pesta makanan dalam bulan ini dan cubalah sedaya upaya untuk membuat pesta ibadah di bulan ini.

Wednesday, August 19, 2009

Pelajar nakal @ jin nakal ?

Semalam pihak pentadbiran sekolah menyuuruh abi membacakan ruqyah kepada salah seorang pelajar perempuan. Pelajar A dinamakan. Pelajar A dalam seminggu ni telah berkelakuan aneh dan ganjil sehinggakan tidak menutup aurat, malas ke sekolah, buat bising dalam kelas dan lain-lain lagi.

Apabila berada dalam bilik penolong kanan, sebelum abi memulakan bicara padanya. Dia renung abi semacam je. Renungannya tajam dan amat menakutkan.

" boleh ustaz bacakan fatihah untuk awak " , tanya ustaz padanya.

Pelajar A diam. Abi ulangi semula pertanyaan tersebut. Keadaannya yang duduk di kerusi sofa itu bergaya (macam orang2 besar). Kemudiannya dia mengangkat tangannya sambil mengisyaratkan jari tengahnya seperti f***. Mereka kat situ termasuk ibubapanya terkejut.

Di hati abi ini mungkin jin dalam hatinya ingin menguji abi. Maklumlah kita ni dah lama tak baca ruqyah. Kemudian abi memulakan ruqyah abi dengan al fatihah.....Nampak pada badannya gelisah. Belum selesai abi membacanya dia dah nak angkat punggung nak balik umah...sempat ibubapanya tahan dan suruh duduk semula....kepanasan kot!

Waktu agak terbatas untuk membaca ruqyah. Sebab tika tu musim exam....

Walaubagaimanapun ibubapanya dinasihati merawat pelajar A dengan kaedah Islam.

Monday, August 17, 2009

Ustaz Asri dalam kenangan

Pemergian Ust Asri Rabbani meninggalkan kita semua amat mengejutkan khususnya bagi peminat nasyid kontemporari. Allahyarham yang terkenal dengan lagunya "Pergi tak kembali" memang telah pergi menghadap Ilahi pada 13 Ogos yang lalu dan takkan kembali lagi.

Video ini adalah saat-saat terakhir sebelum beliau berjumpa dengan Allah swt.

Sunday, August 16, 2009

Ramli Sarip

video

Ramli Sarip semasa menyayikan sebuah lagu di stadium tertutup Miri.

Hayatilah lagu ini bagi mereka yang jauh di perantauan.....

Nisa' Beghambeh

pegang baik-baik makcik....beras ni berat ..10kg. kang jatuh atas kaki makcik,,,melatah kelak...kata akhi Azwani.

makcik ni sebenarnya malu nak bergambar..mungkin sehayat hidupnya tak pernah bergambar!

Menyampaikan sumbangan kepada balu. Gembira makcik ni sebab dapat beras sekapit+minyak+ .......

Akhi Muhtar sedang memberikan penerangan tentang YAM. Kali ni dia pakai topi orang berkebun @ bersawah...biasanya dia pakai kopiah..mungkin nak meraikan hadirin yg terdiri drp peladang dan pesawah

hadirin yang hadir dari pelbagai bangsa dan agama

sukarelawan AMAL bersama penduduk kampung

Habis konsert amal, YAM buat pula " Nisa' Beghambeh " di kampung Pejuang Kelulit, Sibuti pada 16 Ogos (ahad). Ianya adalah kesinambungan aktiviti YAM di bawah nisa'. Program bermula dengan solat zohor dan berakhir jam 4.30 petang. Hati rasa berat dah nak pergi sebab baru je habis program solat hajat perdana SPM /PMR di masjid At Taqwa tapi memandangkan diri ini kurang memberi sumbangan kepada masyarakat,,,,,abi gagahi jua. Apa sumbangan anda ?

Penyampaian sumbangan kepada anak yatim

Pengerusi YAM cawangan Sarawak akhi Muhtar Suhaili sedang menyampaikan sumbangan cek kepada Pengerusi Badan Kebajikan Kompleks Hamidah semasa malam konsert amal.

" Berkhidmat untuk masyarakat, beramal kerana Allah "

Saturday, August 15, 2009

Malam Konsert Amal

Peminat fanatik dok begambar...kesian bang Ramli Sarip...muka seposen dah!!!

ambil kesempatan ...bergambar bersama Us Akhawan..suaranya merdu dan lunak

Ramli Sarip "Papa Rock" dah bertukar warna ...baru panas!

Us. Akhawan Afandi bersama Us Azhan Atan


Kali ni abi bersama-sama rakan seperjuangan dalam Yayasan Amal Malaysia menganjurkan konsert amal. Artis undangan kali ini adalah Azhan Atan (juara akademi nasyid TV9), Ramli Sarip dan Ust Akhawan Afandi. Alhamdulillah sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan.

Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yg turut membantu dalam menjayakan konsert malam tadi.

Tuesday, August 11, 2009

Ruqyah

Beberapa malam yang lepas abi duty warden. Kira-kira jam 10 lebih berbunyi telefon, datangnya daripada seorang sahabat yang tak jauh yang abi kenali. Katanya, anaknya menjerit tak henti-henti. Jadi dia minta abi tolong tengokkan apa-apa yang patut.


Sebenarnya, dah lama abi tak membaca ruqyah syar'iyyah untuk orang lain melainkan untuk diri sendiri. Dulu ada gak belajar semasa di Jordan bersama Syeikh 'Aisy, tapi akibat lama tak menruqyahkan tak tahu lah menjadi ke tak..


Sebelum abi membaca ruqyah tu, abi tanya sedikit sebanyak tentang anaknya. Katanya juga anaknya juga susah untuk membuang air besar beberapa hari yang lalu. Lalu abi membacakan beberapa ayat ruqyah yang terlintas di otak. Bila dibaca si anak tadi menjerit dengan kuatnya...kekadang tu ia tertidur seketika dan jaga semula. Entahlah apa petandanya. walau apa pun yang berlaku abi berdoa agar Allah menghilangkan apa-apa yang buruk berlaku pada anak tersebut samada diganggu makhluk halus ataupun penyakit.

Sesungguhnya ayat suci al quran itu adalah penawar. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"dan kami turunkan Al quran itu sebagai penawar ...."

Sesungguhnya Dia lah Allah As Syafi yang menyembuhkan sesuatu penyakit.
wallahu'alam.


Monday, August 10, 2009

Hadis " niat"

Sedang abi tengah melayari internet.....tiba-tiba keluar daripada mulut Ahmad Wildan " innamal a'malu binniyat " sesungguhnya segala amalan itu dinilai dengan niat.

Ya Allah tergaman abi seketika apabila anakku dah mula menghafal hadis yang pertama daripada kitab arba'in an nawawiyah.

" a'malu tu apa abi " tanya wildan.
a'malu tu perbuatan @ buat , jawab abi.

" niat tu apa abi ? " tanyanya lagi....

Ya Allah ni payah abi nak jawab....niat tu adalah apa yang wildan nak buat....jelasku semula...
entahlah dia faham ke tak....susah juga nak jelaskan ikut level budak 6 tahun ni. Tak tau lah camner cikgunya jelaskan

Futsal Amal Merdeka

Akhi Azwani deejay yang disukai ramai. Banyak menggunakan bahasa arab terutama dalam membuat liputan gol....wahid....isnani....Beliau juga banyak berpesan kepada pemain-pemain agar sentiasa menjaga emosi sms bermain


Bersama Penolong Pengarah JAIS zon Utara "Ust Rosli Arup (vip)


Hampir 99% pemain futsal berpakaian menutup aurat. Itulah yang kami (AMAL) terapkan kepada pemain supaya menitikberatkan aurat. Segelintir daripada mereka ada yang tak faham dengan memakai stokin panjang sampai ke lutut walhal masih nampak peha ! Alhamdulillah dakwah kami diterima...

Jika ada permusuhan, cepat-cepat deejay suruh mereka salam dan maaf-maafan. Yang penting adalah ukhuwwah sesama kita. Soal menang kalah nombor 2

semua pemain terdiri daripada anak-anak muda



Alhamdulillah atas segalanya, Futsal Amal telah selamat dijalankan selama 2 hari bermula hari Sabtu dan Ahad yang lepas. Ianya diadakan di gelanggang futsal di Piasau 1. Seramai 20 pasukan lebih daripada NGO dan surau-surau telah mengikuti perlawanan ini. Walaupun keadaan pada masa itu agak berjerebu tetapi ianya tidak mematahkan semangat kami untuk menganjurkan perlawanan ini. Ditambah pula dengan semangat daripada pemain-pemain yang berkobar-kobar. Kali ini abi ditugaskan untuk membuat dokumentasi dengan mengambil gambar-gambar sepanjang acara berlangsung.

Wednesday, August 5, 2009

alfu mabruk buat Abu Huzaif

Inilah gambar beliau semasa pergi mencari bahan untuk tesis MA nya di Mesir. blog beliau yg terkini http://bicara-hamba.blogspot.com/

Alfu Mabruk buat Abu Huzaif yang baru sahaja mendapat cahaya mata pagi tadi (khamis). Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini akan menambahkan lagi seri dalam keluarga beliau.

Sekilas pandang tentang Abu Huzaif (Mohd Kamil) yang mana suatu tika dulu adalah merupakan teman abi yang boleh dikatakan rapat juga di bumi Urdun (Jordan). Pernah kami tidur serumah, makan setalam, belajar bersama, buat bahas (tesis) bersama, usrah bersama dan lain-lain lagi. Pernah juga beliau menyatakan hasratnya untuk mendirikan masjid di Jordan kepada abi dan abi merupakan orang-orang terawal yang tahu tentang itu. Banyak kenangan manis bersama beliau.

Kami dipertemukan semula di buni Miri ini setelah berpisah di bumi Jordan pada tahun 2000. Selama hampir 5 tahun kami di sini maka kami berpisah semula kerana beliau manyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di UKM 2 tahun lepas. Abi bila lagi ???Emmmm! pernah diajak beberapa kali oleh kawan tapi ......tunggulah saatnya nanti....
Dan mungkinkah ukhuwwah kami akan bertaut kembali di satu tempat lagi ???

Doa apabila wabak menular

Tuesday, August 4, 2009

Antara angkara manusia dan bala' Allah

hari pertama persekolahan.Jerebu jelas kelihatan pada jam 8 pagi.

keadaan jerebu pada hari kedua persekolahan. Kelihatan pemandangan hanya dapat dilihat dalam jarak 200 meter sahaja. Gambar diambil jam 7.05 pagi. Inilah angkara manusia yang tidak berperikemanusiaan. Membakar sesuka hati tanpa mengambil kira kepentingan orang ramai.
Disebabkan menularnya H1N1 ini maka abi dan guru-guru yang lain dinasihati supaya memakai mask ni. Nak keluar ke kelas terpaksa pakai benda ni. Inilah bala namanya yang datangnya daripada Allah yang mana manusia harus sedar tentang keagungan dan kebesaran Allah. Tidak ada siapa yang mampu menentangnya.

Berita mutakhir daripada sekolah apa yang abi dengar jam 1.00 tengahari tadi ....sekolah ini akan ditutup / dikuarantin selama seminggu bermula hari ini sehingga 12 Ogos ini. Maksudnya mana-mana kakitangan dan pelajar yang berada dalam kawasan sekolah tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah dan orang luar tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Itu adalah arahan daripada pihak kementerian kesihatan.

Walaubagaimana pun perkara sebegini harus dijadikan iktibar buat kita semua supaya menitikberatkan kesihatan dan kebersihan.

Monday, August 3, 2009

Selamat Hari Lahir

Acara memotong kek bersama gurunya. Kali ni Jazlan sambut besdaynya di sekolahnya

disuap oleh salah seorang gurunya

JAZLAN makan kek dengan kengkawannya di PASTI

Selamat Hari Lahir buat puteraku "Ahmad Jazlan". Dikau dah masuk umur 4 tahun sekarang pada 2 Ogos yang lepas.

Dikau agak berbeza dengan abangmu "Ahmad Wildan" terutamanya dari segi perangai. Dikau kuat merajuk....kuat menangis...kuat mengamuk....kuat memecah/merosak barang....kuat makan....cerewet dan ......banyak lagi .....tapi.....

Apabila abi menyuruhmu membuat sesuatu....jika moodmu okey, dikau buat....itu yang abi suka. Walaubagaimana sekalipun perangaimu abi tetap menyayangimu seperti anak-anak abi yang lain. Tak pernah abi kurangkan kasih sayang dan mahabbah. Tak pernah abi ketepikan dan sisihkanmu daripada yang lain. Bagi abi dikau adalah insan yang istimewa dalam mengajar abi erti kesabaran dan seorang bapa.
SELAMAT HARI LAHIR JAZ !

Sunday, August 2, 2009

Ummu Mihjan

Masjid perlu dijaga dengan sebaiknya dari segi fizikal dan rohani

Kenal tak dengan nama Ummu Mihjan ? Beliau adalah sahabiah nabi Muhammad Saw. Umurnya dah lanjut usia. Kerja sehariannya adalah dengan membersihkan masjid nabi. Ditakdirkan Allah beliau meninggal dunia. Para sahabat nabi tidak memberitahu tentang kematiannya.

Pada suatu hari baginda Rasulullah saw perasan yang mana Ummu Mihjan tiada dan tidak membersihkan masjid.Lalu nabi bertanyakan para sahabatnya tentang beliau. Para sahabat memberitahu bahawa Ummu Mihjan telah meninggal dunia.

Lantas Rasulullah bersegera pergi ke kubur Ummu Mihjan dan bersolat serta berdoa untuknya.

Moral of the story:
1) Pada pandangan para sahabat Ummu Mihjan adalah seorang yang biasa dan tiada apa-apa kepentingan untuk Islam tapi bagi baginda Ummu Mihjan adalah seorang yang istimewa di sisinya sehingga baginda pergi untuk bersolat dan berdoa kepada Allah.

2) Berilah masa dan infaklah tenaga untuk menyampaikan dan membantu agama Allah walaupun dengan keupayaan yang sedikit ( seperti Ummu Mihjan yang sudah tua, hanya mampu untuk menyapu dan membersihkan masjid nabi ).

3) Jangan dikira dan berkira apa orang kata dengan usaha yang kita lakukan untuk Islam. Tapi yakinlah dengan apa yang Allah akan anugerahkan kepada mereka yang infak diri dan harta di jalan Allah.

Histeria


Minggu lepas kejadian seorang pelajar perempuan di sekolah abi telah histeria. Dia meraung dan menangis dalam kelas kononnya ternampak sesuatu yang aneh dan hodoh.

Mengapa histeria ?

Ada beberapa sebab mengapa histeria berlaku di kalangan pelajar:

1) perasaan yang teramat takut melebihi segala-galanya. Menyebabkan fikirannya terganggu dan mudah diganggu oleh makhluk halus.

2)Marah yang teramat sangat pun boleh menyebabkan histeria juga. Ni dah dikira tahap tension giler! Mengamuk tak tentu pasal. semua orang dimarahinya. Yang macam ni pun Syaitan dan iblis boleh masuk dalam diri juga. Kan syaitan tu dicipta daripada api. Dan marah itu pun ada kaitannya dengan api. Dan perlu disirami dengan air wudu'.

3) Kurang iman dalam diri menyebabkan makhluk halus senang menerobos masuk dalam diri manusia.

Buat para pelajar semua...jagalah solat anda dan yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita. Kenapa kita perlu takut kepada syaitan / iblis sedangkan ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan dan jauhi...nak tau apa dia ???H1 N1 lah!

Saturday, August 1, 2009

Tak sedar diri

Bermula semalam kepala abi terasa sakit dan berdenyut-denyut. Ya Allah ni mesti penyakit abi datang semula. Fokus tak dapat diberikan semasa taklimat system pengurusan sekolah (SPS). Habis taklimat tu , terus pecut motor dan balik ke rumah. Lalu badan direbahkan untuk memberi sedikit kerehatan pada badan. Dunia pada masa tu sekejap berpusing atas bawah kiri dan kanan. Selesai solat asar abi merebahkan tubuh lagi. Kali ni mata tak dapat dibuka…..bismillah ….tawakkal ‘alallah….lepas tu terus tak sedarkan diri sehingga ………

Jarum jam dinding menunjukkan pukul 435 pagi. Alhamdulillah setelah 10 jam tak sedarkan diri abi dapat membuka semula mata. Bangun untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah. Allahu akbar….



Syukur Allah sayangkan abi lagi untuk meneruskan sisa hidup di muka bumi Allah ini.kalaulah abi ditakdirkan mati entah amalan apa yang perlu dibawa berjumpa denganNya.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.