Wednesday, December 23, 2009

Trip to Hatyai and Songkhla

selepas melihat pertunjukan ikan dolpin


hasil kraftangan orang siam

pantai Hatyai...terkenal dengan lagenda ikan duyung

Thursday, December 17, 2009

Trip to Pattani

Bandar Pattani yang menjadi rebutan orang Islam dan kerajaan Thailand

di setiap penjuru jalan ada polis yang mengawasi


motor-motor dikenakan supaya membuka pelana ditakuti ada menyimpan bom





Berjalan di sekitar bandar Pattani tidak seronok seperti dulu lagi. Kalau dulu tiada sekatan jalanraya. Kini berjalan sejauh 7-8 km dah ada sekatan oleh polis. Mereka akan periksa kereta yang disyakinya. Terasa berada seolah -olah di bumi Palestin yang mana orang asing datang menjajah di negara milik orang Islam Pattani. Mereka terdiri daripada askar-askar yang didatangkan daripada Bangkok. Tidak mengerti pertuturan orang Melayu. Tidak tahu tentang budaya dan sikap orang Melayu. Lebih-lebih lagi tidak faham tentang perjuangan orang Islam Pattani selama ini.

Sawadi kap... Thai

satu pose menarik daripada Fatwa...sawadi kap....


Namanya Fatwa. Baru berumur 5 tahun. Pemalu orangnya. La ni dok bersiap nak g ke anuban (dlm bhs Thai bermaksud tadika).Itu adalah pakaian anuban. Kedua ibubapanya bekerja di Malaysia sebagai tukang masak.

Wednesday, December 16, 2009

Le Tour De Thailand

masuk kot Golok. Kemudian adik ipar gi ambik dengan pick upnya.Perjalanan memakan masa hampir 3 jam ke Pattani tanpa henti

duduk dalam pick up utk ke Pattani. Kat Thailand takpe dok belakang. Tahan (bhs Thai bermaksud polis) tak marah




Hari ni dah masuk ari ke 3 abi n family berada di Thailand. Tempat tumpah darah zaujah abi. Alhamdulillah anak-anak abi ni berkesempatan melihat suasana dan tempat umminya di Wilayah Pattani. Walaupun suasana di Thai agak bergolak dan huru hara tapi kami terpaksa pergi juga demi menyambung silaturrahim dengan abang dan adik beradik yg lain.

dulu dan selamanya...

dulu...


selepas dulu....

kini dan selamanya....

" Dialah Allah yang menjadikan manusia bermula dari kecil....merangkak...kemudian membesar....dapat berjalan...muda...dewasa ......dan tua....dan akhirnya mati...'



Tuesday, December 15, 2009

Hati seorang bapa

Sebaik abi habis dari mengajar kelas tingkatan 1, tetiba seorang pelajar B meluru ke arah abi dan mengatakan ayahnya mahu berjumpa dengan abi. Dalam perbualan tersebut si bapa meluahkan rasa tak puas hatinya dengan sikap anak lelakinya apabila balik bermalam di rumah.

“ Ustaz begini ceritanya…selepas anak saya balik bermalam di rumah, saya benarkan dia melayari. Saya beri dia atas alasan dia mahu belajar. Saya percaya kepadanya “, ujar bapa tadi.

“ Tapi saya rasa terkejut apabila dia melayari web lucah. Saya check melalui history. Hati saya rasa kecewa sekali dan sebab itulah saya datang ke sini untuk minta bantuan daripada ustaz “ terang bapa tadi yang mana kerjanya tidak tetap. Seorang yang bersederhana dalam hidup. Mementingkan kejayaan anak-anak. Kesemua anaknya pandai-pandai belaka dan terpilih memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Begitulah luahan hati seorang bapa kepada abi. Paling abi menyayat hati apabila dia mengatakan kepada anaknya “ bang!, mak abang bangun jam 4 pagi kerana nak buat kuih untuk dijual. Kita orang susah bang! Bukannya orang senang”. Pada masa tu, seorang bapa mengalirkan air matanya. Bila abi melihat wajah si bapa tadi, hati abi turut tersentuh dan mata abi turut mengalirkan air mata. Keadaan senyap seketika kerana masing-masing terpaksa menahan sebak.

Lantaran itu, abi menasihati sibapa bahawa itu adalah antara ujian yang Allah turunkan kepadanya. Anak-anak adalah suatu ujian daripada Allah. Seorang bapa haruslah memerhatikan segala tingkahlaku anak-anaknya. Kalau anaknya tersalah langkah maka bapalah yang patut membetulkan segala kesalahannya. Kalau dibiarkan maka akan berpanjanganlah kesalahan itu dan akan mengheretkan bapa tadi ke neraka Allah swt.

Inilah cerita yang ingin abi kongsikan betapa hati seorang bapa yang begitu prihatin dan sayang kepada anaknya. Kalau bapa yang tak sayang kepada anaknya maka tak kisahlah apa yang dibuat oleh anaknya.

Sunday, December 13, 2009

Harijadi Ahmad Wildan ke 6







10 Dis merupakan harilahir Wildan ke 6. Tahun abi dan ummi tak belikan hadiah untuk dia. Tapi abi dan ummi bawa dia ke Jeram Linang, tempat peranginan yang kaya dengan suasana air terjun yang amat mengasyikkan. Ia terletak dalam daerah Pasir Puteh.

Bagi sesiapa yang ingin membawa anak-anak untuk mandi manda di sana bolehlah pergi kerana airnya yang bersih dan cetek. Disediakan juga kawasan untuk kanak-kanak bermain air dan mandi.

Friday, December 4, 2009

Furqan kurang sihat

Sudah hampir seminggu lebih abi dan famili di Felda Kemahang, Tanah Merah, tahap kesihatan Furqan kurang memuaskan. Dia selalu saja demam dan selsema. kejap demamnya baik...dan datang semula....kejap selsemanya hilang dan datang semula...maklumlah bertukar angin dan tempat ditambah pula dengan musim tengkujuh sekarang ni.

Yang tak tahan sangat bila dia meragam nak dokong....tak nak orang lain dokong, abi juga yang dia mahu....huh!!tak tahan abi dok bawa dan dokong anak hampir 8 kg beratnya...baru-baru ni bahu abi dah terseliuh urat gara-gara dokong furqan....terpaksalah berkorban..

3 hari lepas furqan dah dapat angkat punggungnya dan memulakan langkah demi langkah untuk merangkak. Kini umurnya dah masuk 10 bulan. Syabas! dapat merangkak juak kitak akhirnya.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.