Wednesday, October 28, 2009

ayat al quran pada bayi





MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.". Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Tuesday, October 27, 2009

Air Asia ajar maksiat ?



Anda sendiri lihatlah bagaimana wujudnya eksploitasi wanita dalam iklan Ais Asia ini. "Buah dada" dan "punggung" wanita ditonjolkan dalam iklan ini. Siapalah agaknya perempuan murahan ni? Mungkin dia rasa bangga sebab dia dapat masuk iklan dan menayangkan auratnya......

Budak lelaki yang masih mentah pun pandai melihat aurat wanita sebegitu. Seolah - olah nak mengajar budak tu. Tak payah lah ajar budak besar tu tengok aurat perempuan.
kata budak laki tu " i'm a child, so i don't know this " sambil matanya melihat ke arah buah dada pramugari tersebut...

Abi berpendapat Air Asia nak iklankan dan promote tambang murah dalam tv sehinggakan wanita pun dah jadi murah. Macam takder cara lain nak promote. Ambillah simbolik yang lain...

Wednesday, October 21, 2009

orang gaji

Sedang Wildan membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru PASTInya, tiba-tiba dia menanyakan satu soalan kepada pengasuhnya.


Wildan : kakak..apa itu “ orang gaji “ ?


Pengasuh : Orang gaji tu ialah yang membuat kerja rumah.


Wildan : kakak buatlah kerja rumah Wildan ni….ni kerja kakak.


Pengasuh : ( ketawa…….) bukan kerja rumah macam ni. Kerja kakak basuh baju, sapu lantai, cuci pinggan…..

Sunday, October 11, 2009

Wildan dapat masuk SK Agama

Syukur alhamdulillah Ahmad Wildan dapat masuk ke SK Agama. Semalam guru Taski Abim (tempat Wildan tuisyen) ada menelefon ummi suruh ambil result di taski. Kami sekeluarga amat gembira kerana dapat meletakkan anak di sekolah agama yang menjadi rebutan dan tersohor di Miri ini.

Selesai kami ambil result di Taski Abim, terus abi dan ummi pergi submit nama Wildan di SK Agama untuk confirm tentang penerimaan tawaran tersebut. Cuma yang abi dok fikir sorang-sorang ni siapa yang nak hantar Wildan nanti. Ummi dah pakai kereta ke tempat kerjanya. Abi pula ngan motor kapcainya.. masa agak suntuk untuk turun awal-awal pagi bagi menghantar anak ke sekolah. Terpaksa menguruskan 2 anak, satu ke Pasti dan satu ke SKA. Itulah cabarannya dalam dunia pendidikan anak-anak.

Thursday, October 8, 2009

PMR di SMK Subis

pelajar SMK Subis sedang tekun menjawab exam Sains kertas 1

Bermula 7 Oktober - 13 Oktober 09, abi ditugaskan untuk menjaga PMR di SMK Subis, Niah. Ni dah masuk kali ke 2 jaga exam. Kali pertama jaga exam SPM di SMK St Joseph tahun 2002. Seawal jam 6 pagi @6.15 pagi abi terpaksa keluar menuju ke Niah. Perjalanan memakan masa hampir sejam.

Yang tak best jaga exam kali ni, kami pengawas terpaksa menjaga dalam kelas dan bukannya dalam dewan. Memang mengantuk giler dok jaga sorang2. Kalau dalam dewan tu ok lah sikit.

Tuesday, October 6, 2009

Bersama keluarga


Peluang dan masa yang ada di hujung minggu abi dan ummi gunakan sepenuhnya untuk Wildan dan Jazlan bersiar-siar makan angin di Boulevard. Memang kaki Wildan n Jazlan taksah kalau masuk ke situ tak main kereta bateri idamannya.

Abi akan habiskan RM 2 untuk 4 token bagi membolehkan mereka menaiki kereta mainan tersebut selama 10 - 15 minit. Bila dah habis main benda tu, barulah abi dan ummi dapat beli keperluan rumah ....

p/s: anak-anak perlukan juga hiburan berbentuk bersiar-siar di luar selain bermain di rumah

Monday, October 5, 2009

Kejohanan Merentas Desa MSSM

Pelepasan oleh bonda pengetua Pn Hjh Serina Bt Sauni

menyusuri Espalanade Luak

yang pakei tudung hitam tu....Nur Syarah (student SM Sains), dibelakangnya pula Shirley

yang pakei spek mata tu (singlet merah) Iskandar (SM Sains gak) Armand kenneth di belakang

barisan AJK guru lelaki yang menjayakan kejohanan ini

barisan Ajk guru perempuan yg menjayakan kejohanan ini

Friday, October 2, 2009

Exam kelayakan ke SKA

Hari ni Ahmad Wildan ke sekolah agama untuk mengambil exam kelayakan untuk masuk ke tahun satu tahun hadapan. Huh! nak masuk ke SKA kena ada exam. Sekarang ni orang dah berlumba-lumba nak masukkan anak ke SKA.

Malam tadi ummi nya sibuk memberi suntikan terakhir buat Wildan dengan mengulangkaji segala latihan dalam buku. Abi buat apa? Abi hanya beri sokongan moral duduk sebelah Wildan sambil kepala diletakkan atas bantal :) kepala doh penat dan pusing2.

Harap-harap Wildan dapatlah jawab soalan hari ni. Bangun pagi, moodnya baik je. Macam nak sambut raya. Tidak seperti hari-hari lain. Petanda awal tu....

Ummi drive sendiri pergi hantar Wildan ke SKA. Itulah kali pertama ummi drive ke sana. Dia tak pernah drive keta untuk jarak jauh. Abi tak kasi. Sebagai JPJ bagi wife abi terpaksa lepaskan hari ni, sebab ada program perjumpaan dengan ibubapa. Moga perjalanan ummi selamat pergi dan balik.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.