Wednesday, July 29, 2009

Berita gempar

gambar ihsan drp http://sadaufm.blogspot.com/

Berita gempar khususnya bagi kami warga sainsri kononnya sekolah abi (SMS Miri) telah ada yang terkena wabak H1N1. Dah keluar dalam news See Hua Daily (Akhbar Cina). Cuma apa yang nak diperkatakan di sini bahawa itu adalah berita PALSU dan tidak ada seorang pun daripada budak kami yang kena. Yang sakit demam biasa adalah..... Siapalah wartawan tu yang sanggup sebar fitnah pada kami ni.

Ni yang Islam dok marah sangat ni ....suka menabur fitnah tanpa usul periksa.

" Fitnah itu lebih dahsyat / besar daripada membunuh "

Tuesday, July 28, 2009

Rawatan Kesihatan


semasa duty di bilik warden 2 hari lepas, ramai pelajar yang nak dapatkan rawatan kesihatan. Sebelum mereka ni masuk kelas untuk prep,,,,,berkerumun bilik warden untuk ambil ubat. Kinek tok musim selsema babi, semua orang takut....

Lain kali jagalah kesihatan diri.

Monday, July 27, 2009

membuat link dengan you tube dalam blog


Bagi anda yang ingin me"link" kan you tube ke dalam blog anda ikuti langkah-langkah berikut:

1) buka web you tube dan carikan movie yang anda ingin linkkan.

2) copy nombor dari embed tu dan pastekan ke dalam blog anda. Jangan copy dari URL.

3) Pastekan di ruangan yang anda gunakan untuk menulis tu. (macam copy n paste dalam word).

selamat mencuba.

Sunday, July 26, 2009

Adakah guru biasa selamat ?


Mungkin apa yang abi paparkan di sini boleh menyinggung mana-mana pihak. Harap maaf tapi itu bukan maksud untuk menyindir tapi sekadar membuat muhasabah sesama kita. Di harap mereka yang bergelar guru membacanya dengan teliti.

Email Oleh : Naninu Sakun


Adakah guru yang tiada berjawatan ataupun senang dipanggil guru biasa akan selamat ketika menjalankan tugas? Fenomena inilah yang selalu bermain di jiwa seorang guru. Rutin guru yang sudah berkeluarga, pagi bangun seawal jam 5 pagi menguruskan diri dan keluarga serta tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan solat subuh. Sesudah itu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke sekolah untuk bertugas.Di sekolah mulalah sibuk mengajar hingga jam 2 petang termasuk kelas tambahan. Kadang-kadang berlanjutan ke jam 3 petang kerana mesyuarat.

Anak-anak guru di sekolah? Adakah guru biasa selamat? Itu baru sikit pengorbanan seorang guru biasa yang terpaksa berkorban demi untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi orang berguna. Persoalannya jika berlanjutan ke 5 petang kerja di sekolah, anak-anak guru macamana? Rasanya guru terpaksa berkorban walau anak-anak dia belum tentu selamat. Perkara ini bukan jadi omongan kosong tapi saya membawanya untuk kita memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru biasa.

Sekarang hari cuti seperti Sabtu, jiwa seorang guru jadi terganggu. Kenapa? Ladap yang terpaksa di hadapi selama 7 hari. Mungkin yang bukan guru berkata 7 hari dalam setahun bukannya susah, tapi bila tolak campur dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang mula melampau seperti motivasilah, khemah ibadat, rakan muda, program rakan sebaya, rombongan sekolah, hari anugerahlah dan bermacam-macam lagi. Adakah guru biasa selamat? Justeru tidak hairanlah mengikut kajian yang dibuat baru-baru ini banyak guru yang menjadi gila atau mengalami simpton kemurungan. Yang hairannya kerani-kerani sekolah, pembantu tadbir kerja hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad bolehlah dengan keluarga mereka tapi guru? Dahlah bebanan buku stok juga dibebankan kepada guru. Adakah guru biasa selamat?

Ibu Bapa pelajar senantiasa perhati sahaja tindakan guru-guru. Jumpa sahaja kesalahan walaupun sikit melenting hingga ke pejabat pelajaran. Pegawai-pegawai ppd pun turunlah menyiasat dan kadang-kadang menghukum tanpa usul periksa. Pernah 1 kes yang saya jumpa, seorang guru tidak mahu bawa pelajar-pelajar ke majlis sukan sekolah lain kerana ibu bapa pelajar masih tidak beri surat keizinan. Guru Besar melenting sebab guru tersebut engkar. Bila diteliti memang patut guru tersebut tidak berbuat demikian kerana kalau terjadi sesuatu yang buruk, pasti Guru Besar akan lepas tangan punya. PPD apatah lagi.Tahu apa jadi pada guru tersebut? Beliau dipindahkan jauh ke pedalaman atas alasan guru besar kepada ppd bahawa guru tersebut tidak memberi kerjasama dan engkar perintah. Yang PPD pun tak menyiasat terus jalankan hukuman. Adakah guru biasa selamat? Tapi kalau guru besar yang kena tangkap khalwat, apa PPD buat, TUTUP KES..........Bukan cerita tipu 1 Taiping dah tahu..........

Kisah seterusnya berlaku pada isteri saya pula. Cuba 1 Malaysia bayangkan, seorang pengetua buat mesyuarat di bulan puasa bermula jam 2.30 petang habis jam 6 petang. Patutkah perkara ini? Pengetua memanglah ada kuasa, tapi dia tidak sedarkah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya keluarga nombor 2. Memanglah boleh dia kata begitu sebab kahwinpun tidak umur dah 50 lebih. Adakah guru biasa selamat? Itu tragedi pertama yang berlaku kepada isteri saya, tragedi yang kedua lagi teruk. Isteri saya sudah banyak kali keguguran. Memang susah untuk lekat sebab menurut doktor rahim kurang kuat. Berusahalah saya dan isteri mendapat rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah isteri saya mengandung, dan saya menjaga isteri saya sebaik mungkin takut keguguran lagi dan bila kandungan mencecah 4 bulan ada 1 peristiwa sedih berlaku lagi. Sepatutnya isteri saya mendapat rawatan di hospital kerajaan sebelah petang kerana pagi sekolah, namun pada hari berkenaan ada mesyuarat dibuat oleh pengetua tersebut lagi. Isteri saya telah berjumpa dengan pengetua tersebut memohon keizinan untuk pelepasan. Tahu apa pengetua tersebut kata, cikgu wajib hadir ke mesyuarat. Takpe nanti saya suruh cikgu lain hantar cikgu ke klinik tersebut mendapat rawatan disebelah pagi dan balik nanti cikgu naiklah bas ataupun teksi. Menangis isteri saya diklinik waktu menghubungi saya bila ditinggalkan di klinik tersebut. Apakah perasaan anda wahai pembaca 1 Malaysia? Adakah guru biasa selamat? ..............Dengarnya pengetua tersebut dah mengajar di daerah Kuala Kangsar pula......... Wahai pembaca, setiap apa yang saya paparkan di atas bukannya hendak menakutkan orang dari menjadi guru. Apa yang saya luahkan ini untuk mengingatkan pentadbir-pentadbir agar lebih berperasaan. Semoga guru biasa tidak terus terkorban...............

dipetik daripada http://idhamlim.blogspot.com

Saturday, July 25, 2009

Berhibur untuk mencari semangat


Sekarang ini sibuk diperkatakan di masjid dan surau tentang Isra' dan Mi'raj junjungan besar nabi kita Muhammad SAW. Apa yang abi ingin kongsikan bersama adalah dari pengamatan abi yang kerdil ini bahwa terdapat juga di sana falsafah atau hikmah peristiwa itu.

Kalau kita lihat pada junjungan besar nabi kita, baginda banyak tertekan dek kematian orang kuatnya (Saidatina Khatijah dan Abu Talib). Lantaran itu Allah swt menghiburkan hati nabi kita dengan peristiwa sedemikian. Bukan bermakna berhibur itu adalah hiburan semata-mata tetapi adalah untuk mengembalikan semula semangat yang pudar dan lemah.

Inilah yang perlu kita lihat pada diri kita yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja harian di pejabat ataupun sebagai orang kuat berorganisasi @ berjemaah. Kerehatan tubuh badan dan minda itu penting dalam kita bekerja. Tubuh badan dan otak tidak dapat menerima jika kita sentiasa habiskan masa kita dengan bekerja. Tiada rehat. Nescaya akan rosak dan demamlah badan tersebut.

Lantaran itu berilah hak untuk badan dan minda berehat secukupnya bagi melancarkan kerja-kerja untuk hari-hari esoknya.

Sepagi Bersama YB Dato'

Masjid Baru Niah yang menelan belanja RM3.8juta (kalu tak silap)


Pagi Jumaat tadi abi diminta oleh pentadbir sekolah untuk pergi keMasjid Baru Batu Niah bagi menerima sumbangan daripada YB Dato' Ir Daud Abd Rahman. Sebanyak RM 1000 telah diberikan kepada surau dan masjid di seluruh Miri.

Thursday, July 23, 2009

Abi and Furqan



Kini putera ketiga abi dah masuk 5 bulan. Dah pandai meniarap. Bila dia tengok orang pun dah pandai senyum-senyum. Kononnya nak ambil hati orang lah suruh dukungnya. Dulu masih ingat lagi ketika mana perutnya selalu kembong masuk angin hingga berusia 4 bulan. Tapi kini dah beransur pulih. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Wednesday, July 22, 2009

Tidoooooo



Gambar di atas adalah Wildan sedang tidur atas bangku luar hadapan bilik warden pada jam 830 malam. Dia terlelap sebab dok tunggu abi tengah jaga budak-budak untuk spotcheck asrama. habis kaki-kakinya merah digigit nyamuk. Ngape tak bawa masuk bilik warden ? Bilik warden terlupa nak buka, takde kunci....

Tuesday, July 21, 2009

Copy movie dari youtube



Bagi anda yang terpinga-pinga nak copy movie dari youtube, beginilah cara-caranya:

1) pastikan anda membuka software keepvid dari internet.

2) Sebelum itu anda perlu membuka movie dari youtube yang hendak dicopy.

3) Copy atau salin URL movie tersebut dan paste kan ke url dalam software keepvid tadi.

4) kemudiannya akan keluar download. tekan saja butang tu dan ia akan memberikan kepada anda pilihan untuk mendownload movie yang mana satu.

anda juga boleh menggunakan real player 11 untuk mendownload dari youtube.

selamat mencuba.

Monday, July 20, 2009

Ber"kokok" di Surau Hidayatullah, Kpg Lereng Bukit


gambar diambil oleh akhi Muhtar Suhaili melalui handpondnya

Alhamdulillah atas segala hal dan urusan. Malam tadi abi diberi kepercayaan oleh sahabat-sahabat AMAL dan Ajk surau untuk menyampaikan satu tazkirah mengenai Isra' dan Mi'raj. Berbekalkan sedikit ilmu yang ada abi berkongsi ilmu dengan para jemaah sekitar 30 orang (ahli qaryah + sahabat AMAL).

Hukum hudud zalim ?

Seorang pelajar bukan Islam datang bertanyakan mengenai hukum hudud. Mengapakah dijatuhkan hukuman potong tangan ke atas pesalah yang mencuri ? Tidakkah ianya suatu yang kejam ? Bukankah Allah akan membalasnya di akhirat kelak ?

Jawapan:

ISLAM adalah satu agama yang membawa kesejahteraan kepada sekelian alam. Maknanya semua makhluk di dunia ini akan selesa jika dunia ini ditadbir mengikut hukum hakam Islam atau perundangan Islam. Oleh sebab itu setiap hukuman hudud yang dijatuhkan ada hikmah disebaliknya dan bukan untuk menganiayai pesalah semata-mata.

Sebenarnya hukuman yang dijatuhkan itu bukan untuk diri pesalah itu sahaja bahkan ianya lebih untuk memberi pengajaran kepada orang lain juga. Hukuman yang dijatuhkan itu harus dijadikan iktibar buat semua. Kalau orang dah melihat sendiri dengan mata kepala mereka sesuatu hukuman hudud itu dijalankan maka nescaya mereka tidak akan melakukan perbuatan jenayah sedemikian rupa. Bila mana mereka takut dengan hukuman Allah di dunia ini mereka akan insaf dan secara automatiknya perbuatan jenayah itu dapat dibendung dalam masyarakat dan negara.Maka akan lahirlah masyarakat yang aman dan harmoni dan tidak ada sebarang unsur-unsur maksiat kepada Allah.

Bilamana hukum hudud itu dijalankan ke atas seseorang itu di dunia maka di akhirat kelak seksaannya akan dikurangkan.

wallahu'alam.

Sunday, July 19, 2009

Tutor blogspot


Pagi ahad kelmarin, abi didatangi kawan (abang Idris) yang nak belajar buat blog. Dengan berbekalkan sedikit ilmu yang ada maka dapatlah diajarkan sedikit kepada beliau.

Nak lihat blog beliau bolehlah layari http://idrisyasin.blogspot.com

Saturday, July 18, 2009

Chorel Speaking





Jumaat semalam abi telah diundang untuk menjadi hakim bagi pertandingan chorel speaking antara rumah di sekolah. Seramai 4 pasukan telah berentap di pentas yang terdiri daripada Gamma, Omega, Sigma dan Delta.

Wednesday, July 15, 2009

Jumpa Kartunis (Toinie)


Selasa lepas abi keluar berjalan sefamili ke Parkson. Hajat ummi nak cari kasutnya sebab kasutnya dah terkoyak tapak. Biasalah kasut murah. Pakainya pun cepat rosak. Sambil dok tunggu ummi shopping tu maka abi terlihat di suatu sudut tu ada gerai. Ramai orang dok kerumun kat situ. Abi menghampiri tempat tersebut dan ada seorang lelaki sedang melukis gambar seorang perempuan. Kartunis dia rupanya tapi bukan kantonis orangnya. Melayu.

Silakan bang, nak lukis gambar ke ? tanya dia pada abi.
Ok gak...jawab abi.
Sila duduk ...dia suruh kami (abi,Wildan n Jazlan)

Maka bermulalah sesi lukis melukis muka abi yang separuh abad ni....budak budak tu ...huh !apa lagi kejap pusing muka ke kiri..kejap ke kanan...pening kepala kartunis dok bagitau....adikkkkkk....pandang sini....

Sempat gak masa tu sembang-sembang ngan dia. Rupa-rupanya dia orang Kelantan (Machang). Jauh jalan cari rezeki dari Kelantan. Berada kat sini selama 1 bulan.

alhamdulillah 15-20 minit maka siaplah gambar komik kami.

abi: abi memang bercita-cita dulu nak jadi kartunis tapi tak kesampaian.

AMAL Merdeka 09



Monday, July 13, 2009

sekitar MPP di Borneo Rainforest

perbincangan berkumpulan

bilik seminar

meniarap..part best gak..tapi sesiapa yg boroi..tentu bontotnya naik
naik jambatan...keseimbangan badan penting dalam meniti

titian

panjat tembok

merempuh halangan






Saturday, July 11, 2009

Trip To Borneo Tropical Rainforest

Hari ini abi ngan kengkawan pergi ke Borneo Tropical Rainforest. Kami bertolak jam 8 pagi dari sekolah. Buat apa ke sana? Bukan main-main dan seronok-seronok. Ada program kem pengawas di sana selama 3 hari 2 malam. Isnin baru abis. Pendek kata terpaksa pulak abi korbankan masa untuk bersama keluarga hujung minggu ni. Kesian gak kat ummi dok jaga Furqan yang kurang sihat tu.

Hang pa kenal tak tempat tu ? Itu adalah tempat hutan simpanan yang mana ada dibuat resort dan hotel dalamnya. Ada disediakan juga tempat-tempat untuk jungle tracking, berkayak, mendaki bukit dll. Nak cerita lebih lanjut tak tau sangat. Bolehlah pergi kalau sesapa dok kat Miri ni. Tak jauh perjalanannya hanya memakan masa lebih kurang 40 minit dari epot.

Nanti gambar-gambar abu upload kemudian ye !
bye ...wassalam

Friday, July 10, 2009

Thursday, July 9, 2009

Furqan ...Allahu Yasyfika

Dah masuk hari ketiga Furqan demam. Pening kepala abi dan ummi tentang ujian ini. Setiap anak abi yang lahir mesti Allah akan beri ujian yang berupa demam. Anak pertama, kedua dan ketiga. Semuanya demam. Tiap-tiap malam terpaksa mendukung Furqan. Itulah cubaan kami buat anak ketiga.

Hari ni ummi sekali lagi ambil CRK (cuti rehat khas). Dah masuk kali ketiga buat pengorbanan untuk Furqan. Terpaksa ummi berkorban.

Wednesday, July 8, 2009

Kejemuan dalam dakwah

Pendahuluan

Manusia diciptakan Allah Taala dengan pelbagai sifat dan tingkahlaku yang menunjukkan betapa berhajatnya mereka kepada bantuan dan pertolongan. Sifat-sifat seperti resah gelisah, takut, kecewa, bosan, malas dan sebagainya adalah gambaran kelemahan diri manusia itu sendiri yang diciptakan sebagai hamba Allah. Kelemahan dan sifat serba kekurangan ini boleh mendedahkan manusia kepada keadaan murung dan berputus asa yang akhirnya akan membawa mereka kepada hilang pergantungan dengan rahmat Allah Taala.

Sabda Rasulullah s.a.w: إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة

Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergasa) dan setiap kecergasan ada masa jemu...”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.

Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah. Keadaan ini adalah perlu diberikan perhatian kerana bimbang ia akan menjadikan seseorang itu hilang rasa nikmat beribadah dan berjuang di jalan Allah. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan kepada kebosanan di dalam amal Islami yang sering melanda amilin dalam dakwah yang akhirnya menjejaskan gagasan yang telah digariskan di dalam perjuangan.

Definisi ’Al-futur’.
Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:
" الملال استثقال الشيء، ونفور الناس عنه بعد محبته، وهو داء يصيب بعض العباد والدعاة وطلاب العلم، فيضعف المرء ويتراخى ويكسل، وقد ينقطع بعد جد وهمة ونشاط. وفي القرآن الكريم قال الله تعالى مثنيا على الملائكة: [ يسبحون الليل والنهار لا يفترون ]

Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).

Sebab-sebab Al-Futur dalam Dakwah.Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabatpun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam.

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42:Yang Maksudnya: Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu."

Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.Kebosanan dan kejemuan dalam dakwah adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran:

A. Faktor-faktor dalaman
1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim.
2) Lemah amal ibadah.
3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian.
4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah.
5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun.
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah.
7) Tidak menghadiri tarbiah.
8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah.
9) Tidak bersederhana/melakukan sesuatu secara melampau.
10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.
B. Faktor-Faktor Luaran.
1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri.
2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka.
3) Tanzim yang bercelaru.
4) Aktiviti yang membosankan.
5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik.
6) Perpecahan dalam jamaah.
7) Serangan bertubi-tubi dari musuh.
8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada.
9) Pengaruh wanita.
10) Pengaruh keluarga dan anak-anak.
11) Tekanan di tempat kerja.
12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.

Faktor-faktor di atas adalah penyebab kepada timbulnya Al-Futur di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Sebagai contoh ialah kekalahan, ia boleh menyebabkan hilang keyakinan untuk meneruskan perjuangan seperti berlaku di dalam perang Uhud. Apabila umat Islam ditimpa kekalahan, ramai yang mula kecewa, hilang keyakinan dan rasa bimbang dengan masadepan Islam. Lalu Allah Taala menjelaskan sendiri mengapakah kekalahan berlaku dengan firmanNya:Yang maksudnya: Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu Telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, Maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. Surah Ali-Imran : 165-166.Dengan turunnya ayat di atas barulah para sedar bahawa kekalahan yang berlaku adalah berpunca dari kelakaun mereka sendiri yang tidak menuruti arahan Rasulullah s.a.w. Lantas selepas daripada itu mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya Allah Taala kurniakan kemenangan dengan pembukaan Kota Mekah yang berlaku secara aman.

Penyelesaian.
Bagi menyelesaikan dan merawat penyakit Al-Futur yang menimpa ahli jamaah Islam maka terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:
1) Membaca Al-Quran yang mengisahkan kesusahan perjuangan Anbiya.
2) Membaca Sirah Rasulullah s.a.w.
3) Membaca sejarah pejuang Islam masa silam.
4) Solat berjamaah.
5) Tingkatkan amalan sunat.
6) Hidupkan sunnah dalam kehidupan.
7) Meninggalkan amalan makruh.
8) Kurangkan menonton TV.
9) Selalu bersama solihin.
10) Hadiri majlis ilmu.
11) Selalu berhubung dengan ahli jamaah.
12) Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.
13) Menjaga masa.
14) Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.
15) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.
16) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

Kesimpulan.

Para Qiadah dalam jamaah Islam seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan di kalangan ahli-ahli jamaah Islam yang mempunyai tingkah laku dan kecenderungan yang pelbagai. Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada Al-futur dalam dakwah dapat ditangani dengan sebaiknya agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak sensitif dengan perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.

dipetik dari blog: http://zuridanmdaud.blogspot.com

Monday, July 6, 2009

Tattoo

Apakah wajib dibuang tattoo seseorang itu jika dia telah masuk Islam ?

jawapan:

Pada masa jahiliyahnya dia telah memakai tattoo dan selepas ia diberi taufik dan hidayah Allah, maka hendaklah dia menghilang tattoo tersebut dengan syarat:

1) jika pembuangan tattoo tersebut menggunakan sesuatu alat yang boleh menyakitkan anggota badan dan mencacatkan maka tidak dibolehkan.

2) Jika pembuangan tattoo itu menggunakan alat seperti pancaran laser atau teknologi terkini yang tidak menyakitkan anggota badan maka dibolehkan. Dikatakan cara ini kosnya agak mahal dan kalau tak mampu elok dibiarkan sahaja.

3) Bagi mereka yang tidak mampu untuk menghilangkan tattoo di badan maka seelok-eloknya ditutupi tempat tersebut apatah lagi jika dibawa untuk bersolat.

wallahu'alam.

Sunday, July 5, 2009

Cuti Peristiwa

Hari ni anak anak abi buat sik mauk pegi sekolah. Bila abi dari kejut dari tido terus Wildan cakap tak nak ke sekolah. Si adiknya pula bila abang kata camtu ikut je cakap abangnya juga ibarat kentut ngan taik !

Yelah semalam diorang pun penat bersukaneka di Bungai. Lupa pulak abi nak minta kat pengurus dia pasal cuti peristiwa hari ini. So takpelah. lagipun abi tengok diorang ni asyik batuk-batuk je lepas bersukan semalam. So abi bagi diorang berehat je kat umah.

Hari Sukaneka PASTI

Antara ibu-ibu yang hadir memberi sokongan kpd program ni

Jazlan dapat hadiah daripada pengerusi PASTI..Bantal Ipin...wat tido malam ni

Wildan dapat hadiah bantal IPIN. Dia tak pakai baju sebab dok berendam dalam pantai :)

Orang kuat kami dok sibuk bakar ikan n ayam. Slot ni kita beri kpd mereka yang anak dah besar atau anak masih kecil!

permainan campak belon...abi jadi partner Wildan. daripada 8 biji satu je gugur ..kira ok lah

Sdr. Zaidin n Ust Borhan dok warm up pelajar PASTI sebelum bersukan





5 Julai 09 (ahad) Alhamdulillah Hari Sukaneka PASTI telah selamat dijalankan pada hari ini. Program ini kami buat kat Pantai Bungai, Bekenu, Miri. Program dimulakan dengan bacaan doa, dikuti dengan breakfast dan....lepas tu sukaneka bermula.

Friday, July 3, 2009

Syawarma

Masih lagi berkisar tentang cerita abi dok KL 2 3 hari lepas. Sebaik saja jalan-jalan mata terpandang kepada sebuah kedai pak arab di kaki jalan. Oh! pak arab pun ada meniaga kat sini. Tapi yang lebih menggiurkan abi adalah kerana kat kedai tu mereka ada jual syawarma. Syawarma ni, kalau anda semua nak tau gak adalah sejenis makanan arab yang mana diletakkan daging atau ayam yang dibakar dalam sekeping roti yang bulat (roti arab). Dalam roti tu diletakkan sayur-sayuran. Entah lah nak cerita lebih-lebih pun tak pandai. Nanti syawarma tadi korang faham ianya sama ngan pizza pulak! Tapi yang pentingnya ia adalah makanan kegilaan abi semasa menuntut di Jordan dulu. Kalau tak pekena syawarma dalam masa seminggu memang gelisah tak boleh nak duduk.

Dipendekkan cerita abi tanya pak arab tu dengan menggunakan kalam arab " kam si'ru ya mu'allim ? (berapa harga wahai orang mengetahui)
thamaniah ringgit ( 8 ringgit ) jawabnya....
Tanpa fikir panjang abi beli je benda tu, sebab lama dah dok mengidam nak makan hampir 8 tahun.

Selesai saja makan, terus balik ke hotel dan sembang-sembang ngan kawan-kawan. Terkejut abi apabila ada kawan bagitau bahawa harga biasa bagi satu syawarma adalah RM5. Binawe punya pak arab! Kat Malaysia pun dia cekik darah ! Dahlah abi kat Jordan kena cekik darah juga. Itu dah kira abi pandai cakap arab pun kena cekik juga !

Wednesday, July 1, 2009

Pusat maksiat

Abi ditakdirkkan berada di tengah-tengah pusat bandar di KL ni. Sebut sahaja Jalan Bintang (Bintang Walk) semua orang tahu dan terbayang di kepala bahawa ia penuh dengan maksiat dan pelacuran.

Sebaik sahaja habis diskusi dengan kengkawan tentang format exam Bahasa Arab, abi bersama kengkawan pergi ronda-ronda. Waktu malam pegi jalan around jam 11.00 malam. Kiranya ini dah malam last kat KL. Nak tengok bagaimana kehidupan tua muda kat KL ni.

First, bila dah keluar dari bilik hotel tu, beberapa langkah je datanglah orang promosi tentang urut refleksologi. Memang kat situ banyak sangat kedai-kedai urut. Salah seorang daripada mereka tu bisik pada abi ....ada urut dan ada perempuan cantik-cantik, cina ada...bla..bla...bla.. sori aku tak nak....jelas abi.

Jalan ke depan lagi...datang seorang lagi orang laki. Kali ni sedikit berusia. Dalam lingkungan 45 tahun. Dia menghampiri abi lalu berkata " ada perempuan cantik, mauk ka ? boleh tengok dulu " Ya Allah apa nak jadi dengan dunia ni. Abi rasakan seolah-olah berada di tengah-tengah pusat maksiat. Memang syurga dunia bagi diorang.

Kemudian perjalanan kami terhenti berhampiran dengan sebuah pub dan club. Ada sebuah kereta mercedes parking kat situ. Dalamnya, ada laki Melayu dalam lingkungan awal 40 an. Lagaknya macam seorang yang bergaji besar dan berpangkat dato'. Lama dia dok dalam kereta tu. Tak lama kemudian dia keluar dan terus masuk ke pub. Tak lama kemudian datanglah sebuah van dan masuk beberapa orang perempuan dan lelaki ke dalam pub yang sama.

Kami teruskan perjalanan lagi......kali ini kami jumpa "Gold Man" orang yang salut tubuhnya dengan pewarna kuning emas. Kemudian dia buat lagak dan aksi. Nak bergambar dengannya, kena bayar. Itulah dunianya mencari rezeki di tengah-tengah bandar. Dia tu Cina.

Kami tunggu lagi dan terus tengok gelagat orang KL. Ada perempuan Melayu yang berpakaian seksi dan bersamanya ada laki. Turun naik club. Ooooh! apa nakjadi dengan orang Islam ni. Kebanyakan yang abi tengok adalah muda mudi. Mereka terus hanyut. Seolah-olah maut itu tiada. Dunia bagaikan syurga.

Itulah nak ceritakan kat sini. Memang kehadiran abi di KL ni dapat sedikit keinsafan dan kesedaran betapa pentingnya manusia itu dibekalkan IMAN dan TAQWA. Tanpa kedua-duanya mereka akan hanyut di dunia ni. Sentiasa digoda oleh syaitan. Bahkan mereka itulah digelar syaitan bertopengkan manusia.

ومن أعرض عن ذكري فإن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة أعمى .

Mafhumnya: Barangsiapa yang berpaling daripada mengingatiku (Allah) maka sesungguhnya untuknya kehidupan yang sempit dan kami himpunkannya pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta. (Taha :124)

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.