Thursday, August 21, 2008

Kerja-kerja menceriakan PASTI



Mulai jam 10 pagi sampailah ke petang,,,,,inilah kerja abi. Melukis di dinding PASTI. Kesian tengok rupa PASTI AL MUNAWWARAH yang kurang ceria. So, abi offer diri untuk bantu. Berbekalkan sijil MA dalam lukisan daripada Tadika Kemas awal tahun 80 an dapatlah abi bantu Pasti ni...
Lihatlah hasilnya...tapi belum siap lagi tau!!! Kalau nak tengok yang dah siap,,jom buka blog abi esok hari, nanti abi beri gambarnya,,ok ???

Kepada mereka yang sukarelawan untuk membantu menceriakan Pasti sila lah bantu. Pasti bergerak atas sumbangan daripada sahabat-sahabat yang komitmen sahaja!!Kalau rasa tak mampu untuk beri sumbangan wang, sekurang-kurangnya kita beri sumbangan tenaga. Kalau tak mampu untuk beri sumbangan tenaga, berilah idea atau buah fikiran. Janganlah menjadi orang yang suka 'mengomen' terhadap usaha-usaha dakwah yang dijalankan ....

Sabda Nabi saw yang bermaksud;
" Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang melakukan kebaikan itu "

3 comments:

data:comment.author/> said...

Salam ...he hee batul ke abi pandai melukis ni? rosak dinding rumah orang nanti !!!! risau nih ....tapi tgk hasil tu bleh tahan jugak ..boleh ngajar subjek seni join denga safari ..nanti kamek berik cadangan kat PK1 Baru ,....heheehehehe

data:comment.author/> said...

Tak sangka,ada bakat terpendam rupanya..teruskan usaha menceriakan PASTI.

data:comment.author/> said...

itu belum pergi kursus lagi tu syeh!!kalau pergi....kalah orang (pelukis) kat Central market (KL) tu...
setakat lukis pagar ..saper2 pun boleh

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.