Thursday, July 31, 2008

Takziah dari Abi

** gambar di atas adalah hiasan blog.


Rasanya tak terlambat lagi abi nak ucapkan takziah kepada sahabat abi "Abd Mutalib" yang mana ayahnya telah meninggal 2 hari yang lepas akibat kanser usus. Semoga rohnya digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Apa yang boleh kita jadikan iktibar di sini bahawa kematian itu suatu yang pasti. tidak ada satu makhluk pun yang dikecualikan daripada mati sehinggakan para malaikat pun akan menghadapi kematian ini apatah lagi kita manusia biasa yang mana iman sentiasa bertambah dan menurun. Untuk mengikuti iman bertambah dan menurun seperti roller coster .Bacaan lanjut layari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/

Sebagai hamba Allah marilah kita jadikan mati itu sebagai rakan untuk kita mempertingkatkan amal ibadah setiap hari. Rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa memperingati rakannya untuk akhirat.

Wednesday, July 30, 2008

Ya Bunayya, Aqimis solah


يا بني أقم الصلاة

Ya Bunayya , Aqimis solah…

Tatkala abi pergi ke surau untuk menunaikan solat Isya’ berjemaah bersama pelajar, terlihat abi telatah 2 orang pelajar yang masih bercakap-cakap dalam saf. Mereka tidak mendirikan solat lagi walhal Imam sudah bertakbiratul ihram. Dalam benak fikiran abi….budak ni nak kena…..

Bila mereka ternampak abi menaiki anak tangga surau, cepat – cepat mereka mengangkat takbir. Memang mereka tahu kalau abi dah masuk surau sedangkan mereka masih lagi bermain dan bercakap mereka akan kena. So, mereka solatlah untuk mengelakkan diri daripada abi….

Abi senyum je sendirian…takpe…masa ada lagi. Selepas sudah abi solat Isya’ berjemaah semua pelajar bersalaman dengan abi kecuali 2 orang saja (mereka yang bercakap tadi). Cepat-cepat mereka berjalan utk keluar dari surau tapi abi dah tau taktik diorang nak larikan diri. Abi pesan pada kawannya supaya memanggil mereka. Mereka datang kepada abi dengan tersipu kambing. Mereka tahu mereka bersalah.

Abi memulakan tazkirah ringkas abi. Ringkas dan padat. “Kalau nak jumpa Allah janganlah bercakap semasa dalam saf , angkat takbir dan solat “, kata abi.

“ambil penyapu dan sapu surau sekarang”, tegas abi.

Apabila Manusia Bertuhankan nafsu



Pelik tetapi benar. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang mendakwa dirinya "ustaz" telah melakukan akad nikah ghaib dalam sebuah bilik hotel di Kuala lumpur dengan pasangannya (bekas ibu tunggal). Inilah yang berlaku apabila manusia telah jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Mungkin "ustaz" merupakan salah seorang daripada penganut ajaran sesat lagi menyesatkan. kesian kepada mangsanya yang tertipu dengan pelbagai kata-kata manis daripada ustaz tersebut.

Menurut Harian Metro :

" Dengan hanya bermodalkan sebuah kitab dan mas kahwin RM50, seorang ustaz menjerat seorang ibu tunggal sebelum mengahwininya menerusi upacara akad nikah pelik menggunakan wali dan saksi ghaib.

Sebelum proses pernikahan dilangsungkan, ustaz berusia 60-an itu berperanan ‘dua dalam satu’ kerana dia bukan saja melakonkan watak sebagai ‘tok kadi’, malah turut ‘mengakadkan’ bagi dirinya sendiri.

Rukun yang dipraktikkan cukup mudah apabila pasangan kepada ustaz terbabit tidak perlu membawa saksi dan wali, sebaliknya hanya perlu duduk bertimpuh menunggu masa untuk diijab kabul ".


Ini telah bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Islam sendiri. Rukun nikah sebagaimana yang diketahui adalah: SUAMI-ISTERI-SAKSI-WALI-AQAD (SISWA).Kalau tidak cukup salah satu rukun nikah tersebut maka tidak sah perkahwinannya.

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam


30 Julai (Rabu): Alhamdulillah atas segalanya abi berkesempatan menghadirkan diri ke Kampung Sukan Petronas, Miri bagi mengisi slot Kuliyah Subuh pada pagi ini. Nadwah di bawah anjuran Pejabat Pelajaran Gabungan Miri Bakong mengumpulkan pemimpin-pemimpin pelajar yang datangnya dari 3 daerah berlainan - Miri, Bintulu dan Limbang.

Tajuk yang ditaklifkan pada abi memang mencabar minda - "Roh Kepimpinan Ilahi". Bila abi terima daripada Ust Nik Syazmizi memang tak terkata abi. Hebat tajuk tu, macam nak buat tesis. Walaubagaimanapun abi cuba mengolahkan sebaiknya dengan mengaitkan kepimpinan dan zikir, wirid, solat serta qiamullaill. Alhamdulillah masa yang diberikan dapat digunakan sebaiknya.

Monday, July 28, 2008

Minyak Burung Unta



Keistimewaan Minyak Burung Unta



Minyak burung unta dikeluarkan daripada burung unta (ostrich) atau nama saintifiknya, Struthio Camelus, spesis burung yang terbesar, tertinggi dan terpantas.


Minyak burung unta mengandungi Omega 3, Omega 6 dan Omega 9. Kulit yang kering menyukai asid-asid lemak (fatty acids) yang penting ini. Campuran minyak burung unta dengan lain-lain minyak yang sebenar, butter dan ekstrak herba menghasilkan kesan-kesan yang menakjubkan.

Minyak burung unta adalah non-comedogenic (bukan bahan berlemak yang boleh menyebabkan jeragat), atau dengan kata lain, mudah diserap oleh liang roma (clog pores).

Minyak burung unta telah lama digunakan untuk mengubati arthritis, radang, perit dan sakit otot, dermatitis, kulit kering, rambut kering, sakit urat akibat terlalu lama berbaring dan lain-lain penyakit ringan oleh orang Mesir purba, Rom purba dan orang-orang Afrika.

Ratu Cleopatra Mesir purba terkenal cantik. Apakah rahsia kecantikannya? Jawabnya: minyak burung unta! Cleopatra menggunakan minyak burung unta sebagai produk penjagaan kulitnya. Minyak burung unta adalah bebas daripada bahan kimia.

Di negara kita, minyak burung unta baru disedari khasiatnya. Oleh itu, pengeluaran produk berasaskannya pun baru bermula. Sekarang ada penglibatan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam penyelidikan kerjasama dengan sesetengah syarikat penjagaan kesihatan. Namun di Amerika Syarikat dan negara-negara barat, khasiat burung unta sudah lama disedari dan telah banyak produk berasaskan minyak burung unta dikeluarkan.

Sebuah syarikat di USA yang mengeluarkan produk-produk kesihatan dan kosmetik berasaskan minyak burung unta mengakui kehebatan khasiat minyak burung unta. Enchanted Valley's Ostrich Oil Products telah mengetengahkan beberapa testimonial mengenai faedah dan khasiat minyak burung unta berdasarkan testimonial para pengguna produknya, antaranya ialah:

  • Melembutkan kulit dan menyuburkan kulit secara semulajadi.
  • Selamat digunakan ke atas kulit yang lembut dan halus, bayi dan kanak-kanak.
  • Mengubati kulit yang kering, melecek, melecur, merekah dan sun burn.
  • Mengubati sengatan serangga.
  • Mengubati eczema, psoriasis dan dermatitis.
  • Merawat pembentukan kulit kaki yang tebal dan penjagaan kaki penghidap kencing manis.
  • Penjagaan kuku dan boleh merawat kuku merekah dan kulit ari-ari kuku yang bermasalah.
  • Melegakan sakit.
  • Melegakan sakit sendi dan tulang.
  • Merawat masalah keguguran rambut.

Anda boleh merujuk faedah-faedah dan khasiat burung unta dan minyak burung unta di laman web:

Kalau sesiapa yang berada dekat dengan abi bolehlah mendapatkan minyak ini dengan abi !!

Sabda Nabi saw yang bemaksud:
"tidak diturunkan sesuatu penyakit itu melainkan bersamanya penawar".

sumber: Eureka4ayu

Jeritan Batinku



Aaaaaarrrrrgggggggghhhhhhhhhh!!!!!! batinku menjerit...bukannya apa. Aku cuma rasa tertekan sikit dicampur dengan keadaan badan yang terlalu penat akibat kerja yang berpanjangan. Mana tidaknya aku masuk kerja jam 7 pagi. Rehat kejap antara jam 1-2.30 petang. Sambung semula sesi dengan pelajar 2.45 - 4.45 petang. Rehat solat Asar kejap. Jam 5 petang sambung pulak pergi tengok bebudak tu berlatih memanah sehinggalah jam 6.15 petang. Waktu dah nak masuk maghrib. Aku bagitau Syahrul, " dah gelap kita ni, kawe balik dulu sebab male ni duty warden ". Hatiku mengeluh.

Sesampai di rumah ku capai towel mandi dan terus mandi. Aku basahi kepalaku dengan air shower lama-lama. Biasanya aku letih inilah yang aku buat. Selesai mandi aku mengadap cermin dan aku lihat wajahku.....mataku merah....ya....memang sah aku keletihan.Itulah petanda aku keletihan. Kalau "hulk"matanya merah kemudian bertukar hijau nak jadi makhluk yang gagah. Tapi aku mataku merah nak jadi makhluk yang lemah. Aku bukanlah hulk ...aku capai minyak burung unta dan ku sapukan pada batang leherku untuk meredakan ketegangan.



Jam 7.30 aku sampai di bilik warden. Bersamaku Wildan dan Jazlan. Itulah saat yang aku ada bersama mereka pada malam itu sehinggalah jam 10.00 malam. Berapa jam? 2 jam 30 minit. Balik duty dan tidur jam 10.45 malam.

Moga hari esok aku diberikan kekuatan olehNya. Amin.

اللهم إني أعوذبك من العجز والكسل

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas

Saturday, July 26, 2008

Limau Nipis



Selepas menyampaikan kuliah Maghrib di surau, abi terus pergi ke bilik warden untuk duty. Pada waktu itu abi kira jam 8.15 malam. Abi duty dengan cikgu Hisham. Abi terpaksa menggantikan cikgu Ali Wahab sebab dia pergi ke Sibu kerana mengiringi budak sainsri melawat.

Lebih kurang jam 9.40 malam, ada 2 orang pelajar tingkatan empat datang mengadu ada seorang pelajar tingkatan satu cedera tangan semasa menjalani aktiviti petang dalam slot motivasi. Bila abi tengok tangan budak itu taklah teruk sangat, bengkak je. Tapi memandangkan dia mengadu sakit Abi, Hisyam dan Syahrul terus bawa dia ke hospital Miri. Jam 12 malam kami sampai ke rumah. (Syukran Syahrul kerana sudi menemani kami walupun kitak sik duty ari ya!)

Apa yang abi nak kongsikan di sini ialah bagaimana nak buat jika diri sendiri atau anak bini yang terseliuh atau bengkak tangan. Teringat abi sewaktu kecil dulu yang mana abi selalu je terseliuh tangan semasa bermain. Apa yang ayah abi buat ialah dengan mengambil kapur (kapur sirih) dan asam limau nipis. Diperah limau nipis atas kapur dan digaul hingga sebati. Lalu disapukan pada tempat yang bengkak tadi. Kalau mahu balut tempat yang bengkak tadi pun lagi baik. Tak balut pun tak apa. InsyaAllah dalam masa 2 hari eloklah ia.

selamat mencuba.

Pesanan Luqman Al Hakim


Alhamdulillah semalam abi berkesempatan menyampaikan kuliah Maghrib di surau As Syakirin bersama jemaah tingkatan 1 dalam program motivasi. Berbekalkan ilmu yang ada dicampur sedikit menelaah kitab dan surf internet abi menyampaikan tazkirah "pesanan Luqman Al Hakim kepada anaknya".

Apa yang abi titik beratkan dalam kuliah ini ialah peranan seorang ayah dalam mendidik anaknya menjadi mukmin soleh. Begitu juga peranan seorang anak dalam membentuk dirinya menjadi oarng yang berguna kepada ibubapa dan agamanya.

Disamping itu abi menitik beratkan peranan solat dalam kehidupan seorang muslim. Sebagai muslim haruslah ia menjaga solat nya kerana solat itu merupakan tiang agama dan suatu komunikasi antara seorang hamba dengan penciptanya.

Antara pesanan Luqman Al Hakim kepada anaknya:

1) Jangan mensyirikkan Allah.
2) Berbuat baik kepada ibubapa
3) Berwaspadalah dengan pujukan syaitan yang boleh menyesatkan manusia. Sesuatu perbuatan maksiat itu walupun tersembunyi, diketahui Allah jua.
4)Mendirikan solat kerana ia dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan maksiat.
5) berbudi pekerti mulia dengan manusia ( tidak berlagak sombong,angkuh dan meninggikan diri)
6) berjalan dengan ssderhana. (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat)
7) tidak meninggikan suara ketika bercakap

Friday, July 25, 2008

Ultraman


Bila sebut ultraman semua orang kenal baik budak kecil mahupun orang tua. Cerita ultraman ni telah masuk ke dalam fikiran orang Malaysia sejak zaman berzaman lagi. Cerita yang direka oleh orang jepun ini entah bila masuk ke Malaysia abi pun tak tau. Tapi yang pastinya awal tahun 80 an ketika masih dibangku sekolah, abi telah pun mengenali ultraman dan ianya memang diminati oleh abi dan kawan-kawan abi. Begitu juga dengan cerita-cerita karut marut yang lain seperti Satria Baja Hitam, Space Cop Gaban dan lain-lain lagi.

Apa yang nak dikongsikan di sini ialah tirulah macam ultraman. Kuasa yang ada padanya bagi menghapuskan raksasa digunakan semaksima mungkin. Ya, dia telah menggunakan kuasa sepenuhnya dan telah bermati-matian melawan raksasa yang jahat dan menakluki bumi. Sehinggalah kuasanya hampir habis (baki 5 minit) dia masih berusaha untuk menghapuskan rakasa tersebut.

Apa yang nak diutarakan melalui kisah ultraman ini ialah sifat yang tak pernah putus asa semasa melakukan kerja walaupun tiba ke penghujungnya. Dia tetap berusaha walaupun dia tahu nyawanya dan tenaganya hampir tiada. Inilah sifat yang harus dicontohi oleh setiap muslim dalam melakukan apa-apa kerja. Biarlah kerja itu susah asalkan kita jangan berputus asa dalam melakukannya. Sentiasalah berusaha walaupun ke saat akhir.

Menjadi guru rileks ?


Menjadi guru rileks, tak banyak kerja. Pergi sekolah mengajar dan apabila habis mengajar boleh buat kerja lain. Boleh bisnes, boleh ternak lembu kerbau, boleh bela ikan air tawar, boleh itu ini. Itulah antara ungkapan dan pandangan orang ramai tentang guru. Betul ke ???

So, aku nak bawakan di sini kepada pelawat blog sekelian bahawa menjadi guru tak semudah itu dan senang kerjanya seperti yang disangka. Cuba kita bayangkan bila menjadi guru apa yg perlu dibuat:

- bila beri latihan kepada murid, mestilah kena semak. Kalau tak sempat nak semak di sekolah mesti sambung di rumah pula.

- kalau kena mengajar kelas exam terutamanya tingkatan 3 & 5, mestilah kena buat kelas tambahan untuk memantapkan prestasi murid. Nak buat kelas ni, mesti korbankan masa dan hari. Ada guru yang sanggup datang malam untuk buat kelas tambahan. Ada juga yang korbankan masanya di hujung minggu.

- kalau mengajar di Sekolah Berasrama Penuh, ada macam-macam lagi program dan aktiviti untuk pelajar-pelajarnya seperti Perfect Score, tuisyen, Hipec, Kem Jaya Diri dll. Ada orang kata mengajar di SBP ni rileks sebab pelajar dah pandai. Tak perlu risau lagi...Maaf itu adalah anggapan yang salah dan meleset. Tidak semudah itu nak mengajar . Cubalah tanya mereka yang mengajar di SBP, berapakah sabtu yang tidak free ?????semuanya terisi dengan aktiviti sekolah.

- Kalau guru yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas lain seperti warden asrama, terpaksalah mengorbankan masanya sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tak cukup dengan itu sahaja, kalau guru tersebut menjadi penasihat sesuatu permaian atau kelab terpaksalah buat latihan jika ada pertandingan...

- Belum cerita tentang exam lagi. Bila exam dah dekat, terpaksalah buat soalan lagi. Habis exam buat postmortem pula. Kalau ada murid yang lemah, haruslah dibimbing oleh guru tersebut.

Haaa itulah serba sedikit kerja guru. Belum habis lagi tu. cukuplah untuk renungan bersama bag mereka yang mengatakan kerjaya guru ini rileks dan tak penat. Kalau ada guru mengatakan kerjaya guru ini rileks dan dia boleh buat kerja part time lagi , memang boleh aku katakan dia adalah guru yang tidak buat kerja dengan sempurna. Tak salah nak cari kerja part time, tapi ingat janganlah pula kerja part time itu menjadi kerjaya utama dan kerjaya guru itu menjadi part time.

Ingat kerjaya utama kita akan dipersoalkan nanti di hadapan Allah. Apakah kita telah melakukan amanah itu sebaik-baiknya....

Wallahua'lam.

Pemilihan peserta memanah


Semalam dan kelmarin abi bersama cikgu Syahrul buat pemilihan memanah untuk mewakili sekolah ke pertandingan di bawah anjuran Archery Club Miri. Lebih kurang 10 orang peserta turut mengambil bahagian dalam acara pemilihan kali ini.

Thursday, July 24, 2008

New born



Semalam selepas sahaja pulang dari bandar Miri, terus aku pergi ke rumah Dr. Khairi dan isterinya (Rodziah) untuk melawat isterinya yang baru melahirkan seorang anak perempuan. Nama diberi Khadijah Nordiana. Apabila ditanya kenapa memilih nama berikut adalah diambil sempena nama isteri nabi.

Tahiah daripada kami sekeluarga atas kelahiran anak yang kedua. Semoga Khadijah Nordiana bakal menjadi orang yang berguna untuk Islam nanti.

Doa Ketika Melihat Bayi Baru Lahir

إني أعيذك بكلمات الله التامات من كل شيطان وهمات ومن كل عين لمات

Innii u'iidzuka bikalimaatillaahit taammati min kulli syaythaanin wa haammatin wamin kulli 'aynin laammatin.

Artinya : Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang Sempurna dari segala gangguan syaitan dan gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya. (HR. Bukhari)

Radovan Karadzic

BELGRADE: Bekas Presiden Serbia dan penjenayah perang Bosnia, Radovan Karadzic yang ditahan Isnin lalu selepas bersembunyi 13 tahun, akan mencabar perintah ekstradisinya ke sebuah mahkamah antarabangsa di Belanda.
Karadzic, yang keadaan fizikalnya jauh berbeza ketika ditahan – lebih kurus, berambut panjang dan berjambang putih – mempunyai tempoh tiga hari bagi merayu perintah ekstradisi berkenaan, lapor edisi internet Sky News, semalam.
Kenyataan peguamnya, Sveta Vujacic, semalam, dibuat selepas berita penangkapan Radovan yang berdepan 11 tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan dalam perang Bosnia pada 1992-1995, menjadi laporan muka depan media utama dunia. Namun, keadaan sebaliknya bertukar ganas di ibu negara Serbia semalam apabila sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan pro-Karadzic dan seorang anggota polis cedera dalam pertempuran pihak berkuasa dengan kumpulan penunjuk perasaan berkenaan.
Mereka menyelar kerajaan Serbia yang pro-Barat kerana terbabit dalam usaha menangkap Radovan yang menyamar doktor perubatan alternatif bagi mengelak dirinya dikesan pihak berkuasa kerana jenayah membunuh sekurang-kurangnya 11,000 Muslim Bosnia. Ini termasuk jenayah pembunuhan 8,000 lelaki dan budak lelaki Bosnia yang dikebumi dalam beberapa kubur besar.
sumber: Berita harian

Wednesday, July 23, 2008

Isra' dan Mi'raj

Madu Khaula

Sebaik sahaja abi habis dari meeting Kurikulum semalam, terus abi solat asar. kemudiannya abi bergegas pula ke bandar Miri untuk membeli "Madu Khaula" untuk isteri tersayang. Mungkin pembaca tanya mengapa madu khaula mnejadi pilihan ??? Sekadar perkongsian bersama madu ini telah pun diamalkan oleh isteri abi sejak 2 tahun lepas lagi. Untuk apa ?Ianya digunakan untuk mengatasi masalah angin dan penghadaman makanan. Sebaik isteri abi menggunakan produk ini alhamdulillah penyakit ini beransur pulih hinggalah sekarang (siapa tak sayang bini beb!!nak pakai lama bah!). Anak-anak abi pun suka makan madu ni sebab ianya manis (memang kanak-kanak suka manis). Sedikit info berkaitan madu. Datangnya daripada Iran. Merupakan madu yang asli. Kalau nak tau asli atau tak cuba testnya. Cuba jatuhkannya daripada atas ke bawah. Kalau cecairnya tak putus, maka ia adalah asli. Jika ia jatuh dan putus-putus maka tak asli dan terdapat kandungan gula.

Hadis nabi saw berkaitan madu:

Abu Saiid Al-Khudri r.a menceritakan; Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi s.a.w. seraya berkata:

“Sesungguhnya saudaraku telah mengalami sakit perut (memulas dan berak-berak).”

Maka Rasullah s.a.w. pun bersabda:

“Berilah dia minum madu”

Maka lelaki itupun memberi madu kepadanya.

Kemudian dia datang lagi lalu berkata:

“Sesungguhnya saya telah beri dia minum, tetapi perutnya makin memulas sakit.”

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Berilah dia minum madu lagi”

Lelaki tadi pulang dan memberi minum lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa berita yang sama sehingga Rasulullah s.a.w. tetap juga bersabda seperti yang pertama sehingga ke kali ketiganya.

Kemudian lelaki itu datang lagi pada kali ke empat, maka Rasulullah s.a.w. masih bersabda:

“Berilah dia minum madu lagi”

Lelaki itu pun pulang dan datang lagi, maka dia berkata:

“Sesungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi perutnya makin memulas”

Mendengar demikian, Rasulullah s.a.w. pun lalu bersabda:

“Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau”

Maka lelaki tadi pulang dan memberinya minum madu lagi, barulah dia sembuh.

Ya, dalam peristiwa ini kesakitan orang itu amat ketara, dimana dalam perutnya terdapat keracunan. Apabila dia minum madu, maka madu itu akan bertindakbalas dan dia merasa lebih sakit buat sementara waktu, dan akhirnya kesakitannya baru sembuh.

Jadi, dalam perubatan madu ini kita hendaklah meyakini bahawa kekuatan madu boleh menyembuhkan dengan izin Allah S.W.T. Justeru itu didapati Rasulullah s.a.w. dan lelaki berulang kali mengulanginya, dan demikianlah cara atau dasar perubatan.


Firman Allah, mafhumnya;


"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia". "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)


Harga bagi satu botol RM 72 (biasa) dan RM 75 (bersama sarang)- harga Sarawak. Kalau di Miri ni boleh dibeli di Boulivard, Imperial Mall.


Tuesday, July 22, 2008

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru lelaki sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, hingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar". "Kalau begitu, kita Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

sumber: Zarawi Rawana

Orang gaji (part II)


Di sini nak dikongsikan beberapa tips jika anda ingin mengambil orang indon @ mana-mana warga asing untuk jadi pembantu rumah.

1) seeloknya carilah pembantu yang mana masih anak dara atau yang belum kahwin. Jika diambil yang sudah berkahwin, lambat laun jika ia boring bekerja dengan kita dia akan cakap macam-macam (tipu) helah untuk berjumpa dengan anak @ suami.

2) kalau ada terambil juga pembantu rumah yang berkahwin dan ada anak, silalah buat perjanjian dengannya untuk tidak melepaskannya sebelum cukup 2 tahun. Di awal percubaan semasa mengambilnya, bagitau awal-awal kepadanya bahawa dia akan berada bersama kita sekurang-kurang 2 tahun.

3) Seeloknya gajinya tidak diberikan semua kepadanya. Berilah separuh daripada gajinya dan separuh lagi kita simpan. Jika berbuat denikian, barulah dia tak akan lari kerana dia akan rugi.

4) Jangan biarkan dia menggunakan handset. Handset boleh melekakanya daripada membuat kerja rumah. Dengan handset dia boleh berhubung dengan kawan-kawannya terutamanya "boy friend" dan kemungkinan besar boleh bawa orang ke rumah semasa ketiadaan kita.

5) Adakan sempadan antara kita dan dia. Seperti makan di rumah, hendaklah kita makan awal daripadanya dan jangan sesekali makan bersamanya. Kalau jarang-jarang makan dengannya takpe...kalau bergurau tu, jangan lebih-lebih seolah-olah bergurau adik beradik.

6) Selalu tegurnya jika ternampak dia buat silap. jangan pendam dan simpan dalam hati. kalau disimpan kemungkinan benda yang sama akan berlaku lagi.

7) Kalau ada duit lebih berilah apa-apa hadiah untuknya sebagai penghargaan kepadanya. Penghargaan daripada majikan kepada pekerja. Itu boleh meningkatkan lagi prestasi dan semangat untuk bekerja.

8) Jangan lupa ambil dan simpan "pasport"nya. Bawa bersama kita. Biar isteri letak dalam beg tangannya.

9) Kalau ada barang kemas tu, eloklah disimpan di tempat yang selamat yang mana anak kita sendiri pun tak tau.

10) Jangan bebankannya dengan kerja-kerja yang berat di luar kerja hariannya seperti memanjat pokok kelapa kerana boleh memenatkan badannya. Dia tu perempuan dan tak boleh buat kerja lelaki.

Sunday, July 20, 2008

Orang gaji

Sudah masuk tiga hari orang Indon berada di rumah kami. Dia datang daripada jawa barat. Berasal daripada suku kaum sembawang. Untuk dikongsikan dengan pembaca sekelian sudah masuk 2 orang Indon abi telah ambil satu orang pun tidak menjadi dan ini merupakan orang gaji yang ketiga.

Orang gaji yang pertama dulu abi sempat dengannya 2 minggu sahaja. Selepas dibuat peneriksaan kesihatan ada penyakit "siflis". EEEEEE takutnya. Terus abi hantarnya kepada ejen walapun dia rajin bekerja. Orang kedua pula, ada menyimpan rokok dan abi suspek dia adalah perokok. Abi tak suka ada orang hisap rokok dalam rumah abi. Takut kena penyakit pada anak-anak dan bini.

Abi harapkan orang ketiga ini yang akan kekal bersama abi sekeluarga selama 2 tahun. Mudah-mudahan dia adalah orang yang baik dan suka tolong kami sekeluarga. Abi kesian tengok kepada ummi yang saban hari terpaksa bangun awal pagi untuk untuk buat kerja dapur, ditambah pula dengan lipat kain baju dan sebagainya....nak harapkan abi buat itu semua...memang abi takde masa sebab kerja sekolah memang banyak..sekurang-kurangnya dengan khadiran pmbantu rumah ini dapat meringankan beban kerja ummi di rumah. Tapi satu je rumah yang abi buat, mandikan anak dan bancuh susu siang dan malam. Itu memang kerja abi sejak 2 tahun yg 5 tahu yg lalu. Memang kontrak tu.

Ada orang kata ambil pekerja indon ini, sama macam beli kereta secondhand. kalau nasib baik ok, oklah dia. Kalau tak, pening kita dibuatnya.....

Majlis Anugerah Cemerlang & Mesyuarat PIBG




Syukur kepada Allah kerana MAC telah berjalan dengan jayanya.Seramai 160 orang penerima anugerah termasuklah penerima anugerah PMR & SPM 2007. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr. Julaihi Bin Hj. Bujang. Selepas tamatnya MAC majlis berhenti rehat seketika dan disambung pula dengan mesyuarat PIBG.

Thursday, July 17, 2008

Busy giler


sebaik sahaja abi balik dari Negeri 9 yg lepas, abi sambung pulak kerja abi untuk majlis sekolah iaitulah "Majlis Anugerah Cemerlang". Abi ditugaskan untuk ambil gambar pelajar yang cemerlang dan ditayangkan pada hari anugerah nanti. Nasib baiklah tidak keseorangan. Mujur ada rakan yg bantu abi, cikgu Rizal. Syukran akhi.

Meja pula berserabut dengan buku-buku dan kertas yang tak sempat untuk disimpan.Malu ada juga pada pelajar sebab meja tak nampak rupa meja. Kerja datang bertalu-talu tak henti. Abi rasa minggu ni, setiap malam abi pergi sekolah untuk sambung kerja dan balik rumah jam 11.00 pm. Fuih!!

"Allahumma , aku hambaMu yang lemah.Berilah kekuatan padaku" . Amin

Tuesday, July 15, 2008

Karnival AMAL Miri



kali ini abi nak habaq pada pengunjung setia blog cerita abi iatulah akan diadakan satu karnival Amal di bawah kelolaan Yayasan Amal Miri dengan kerjasama badan - badan kebajikan Islam di Miri.

Bagi sesiapa yang berminat untuk tengok konsert Amal Merdeka bolehlah mendapatkan tiket dengan abi :

dewasa : RM 15
kanak-kanak: RM 10
2 tahun ke bawah : free

atau bolehlah berhubung dengan abi di talian 013-8361203

Debat Anwar vs Shabery


Waktu yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia iaitulah debat antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Dato' A.Shabery Cheek yang telah berlansung pada jam 9 malam tadi. Rasa hampa dan kecewa kerana tak dapat mengikuti siaran langsung tersebut kerana terpaksa duty warden. Tapi abi dapat dengar daripada kawan yang mengatakan bahawa ada siaran ulangan pada jam 11 malam di TV3.

Sebaik sahaja abi habis duty, terus abi pecut kereta ke rumah. Sesampai di rumah dah ada zaujah abi dan adik abi (Zul) dok ngadap TV. Abi dapat menyaksikan debat tersebut...

Apa yang abi nak habaq kat sini kenapa DASC asyik serang peribadi DSAI aje...selalu dia dok kaitkan ngan demonstrasi tahun 1974...itu dah lama.sikit-sikit kait ngan isu yang sama. Kan moderator dah kata jangan kaitkanngan isu peribadi. Jelas di mata abi DSAI tak pun kaitkan isu peribadi DASC. langsung tak sentuh. Amat memalukan jika seorang pemimpin bercakap tiada fakta dan menyerang peribadi DSAI. Abi cukup berpuas hati dengan hujah-hujah yang dilontarkan oleh DSAI.

Yang penting nya sebagai seorang rakyat Malaysia hendaklah kita memikirkannya dengan mata hati dan iman. Jangan sokong mengkhinzir buta....

Monday, July 14, 2008

Archery Tournament










10 -13 Julai: Aku bersama 2 orang pelajar (Fathi & Ihsan) pergi ke Sek Dato' Abdul Razak, Seremban untuk mengikuti pertandingan memanah peringkat SBP. Acara berlangsung selama 2 hari. Acara memanah telah dijuarai oleh pasukan tuan rumah sendiri SEDAR.

Walaupunbegitu, buat kontijen yang aku bawa ianya merupakan satu pengalaman pertama yang harus dikongsi bersama dengan kawan-kawan yang lain.

untuk melihat gambar pertandingan, sila layari http://abuwijaz.fotopages.com

Wednesday, July 9, 2008

Anjing masuk masjid




Semua orang kenal bila sebut menatang ni... cute kan ?? tengok gambarnya pun anak ku dapat sebut menatang tu. Tapi malangnya Allah Ta'ala menjadikan makhluk ini haram disentuh oleh pengamal mazhab Syafei (orang Islam) di Malaysia apatah lagi memakannya atau memeliharanya. Cuma dibolehkan dalam Islam kita gunakannya untuk memburu sahaja.
Sebut pasal anjing ni ada beberapa hukum yang aku nak kongsikan bersama pembaca yang mulia. Iaitulah hukum anjing bila masuk masjid atau surau. Adakah perlu disamak atau tidak ? Hasil diskusi aku dengan sahabat - sahabat dengan mengambil kira pandangan tok-tok guru pondok dan ulamak mu'tabar seperti berikut:
Tidak perlu samak:
jika anjing yang masuk itu dalam keadaan kering dan masjid pun dalam keadaan kering. Hujah nya ialah apabila kering bertemu sama kering tak perlu disamak. Apabila kita perhatikan tiada sebarang najis atau tapak kaki anjing tersebut maka tak perlulah disamak. Dan inilah salah satu daripada salah faham kebanyakan kita, apabila anjing masuk masjid kita akan menyamak masjid itu termasuklah karpet di dalamnya. Ini boleh merosakkan karpet yang ada.
Perlu samak:
Jika anjing yang masuk itu meninggalkan kesan tapak kaki atau najis, maka kita perlu samak tempat yang ada najis tersebut. Dengan erti kata yang lain kita hanya menyamak tempat yang kena najis itu sahaja dan tak perlu samak keseluruhan dalaman masjid itu. Ini mengambil kira dari segi keluasan masjid itu yang mana saiznya kan membebankan oarang untuk menyamaknya. Islam bukanlah suatu agama yang memayahkan tapi memudahkan.
Jika sekiranya anjing tersebut telah membuang air besarnya atas karpet atau sejadah, maka tempat itulah yang perlu dihilangkan najis sahaja dan perlu disamak. Anda bolehlah melipat karpet tersebut untuk mengalirkan air sahaja.

Persediaan terakhir

Hari ini merupakan persediaan terakhir bagiku dan muridku untuk practise memanah. Alhamdulillah semalam dah dapat shoot hingga ke jarak 60 meter. Ada juga panah yang mengena board tu...sekurang-kurangnya aku tak lah rasa malu sangat bila pergi ke sana.

Aku dijangka akan bertolak ke sana esok pagi jam 10.15 pagi menaiki pesawat Air Asia dan akan pulang pada 13 Julai jam 3.00 petang dari Kuala Lumpur. Kami akan akan berada di SEDAR (Sek Dato' Abd Razak, Seremban selama 4 hari 3 malam.

Monday, July 7, 2008

Lion Of The Desert



Umar Mukhtar – namanya memang tidak asing lagi bagi mereka yang merindukan perjuangan. Semangat yang ditunjukkan oleh Umar Mukhtar memang patut dicontohi oleh golongan muda mudi hari ini. Beliau adalah pejuang menentang penjajah di Libya.

Aku tontonkan filem “ Lion of The Desert” arahan Mustaffa Aqqad ini untuk anak pelajar-pelajarku (Bahasa Arab) sempena bulan bahasa adalah untuk memberi pendedahan tentang lokasi Libya (tanah arab) dan geografinya yang bergunung- ganang. Di samping mendedahkan juga kepada para pelajar cara hidup orang arab yang bertani dan bercucuk tanam.

Filem ini amat menarik kerana ia mengisahkan seorang pejuang (mujahid) yang bernama Umar Mukhtar (lakonan Anthony Quinn) yang berjuang menghalau penjajahan di Libya. Dia adalah ketua kepada penduduk di situ yang ingin melihat negaranya bebas dari dijajah oleh kaum kuffar.

Seorang guru dan pemimpin angkatan perang menentang kuffar pada masa itu. Banyak taktik peperangan yang ditonjolkan oleh beliau walaupun beliau tidak pernah mengikuti akademi tentera. Itulah hebatnya fikrah seorang yang bergelar GURU.

Di penghujung hayatnya, sebelum beliau meghembuskan nafasnya yang terakhir di tali gantung beliau bersyukur kepada Allah kerana beliau mati di tangan musuh Allah. Mati dalam perjuangan. Semasa hayatnya beliau pernah berkata kepada pengikutnya bahawa jika sekiranya beliau mati dalam perjuangan, perjuangan tidak akan berhenti di situ, sebaliknya akan di sambung oleh generasi yang akan datang.

Filem yang menarik dan menyayat hati ini amat sesuai ditonton kepada mereka yang menggelarkan dirinya pejuang atau pendokong agama Allah. Ianya memberikan satu suntikan semangat untuk terus berjuang dan berjuang hingga ke akhir usia dan nyawa.

** syukran Syahrul Azinar sebab bagi pinjam cd ini untuk tayangan....

“ISLAM GEMILANG DAN TERBILANG”

Kolam mandi


Ahad lepas abi telah belikan sebuah kolam mandi untuk wildan dan jazlan. RM 70 harganya. ye lah beli itupun nak melihat supaya anak rasa riang dan gembira bermain air. sebelum tu, bil air rumah kami telah naik sehingga RM 20 sebulan gara-gara mereka berdua ni suka main air paip dan siram pokok bunga. Sekarang ni, tiap-tiap hari depa ni asyik dok mandi air kolam. Wildan bila dah bangkit dari tidur terus pergi ke kolam. Adiknya hanya mampu tengok aje gelagat abang.... Sabda nabi yang bermaksud: "ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda"

Malam Jumaat punye cerita

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,

dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran

paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:

empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinya

yang sedang menyusu anak bongsu mereka.

"Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya

tidurkan mereka dulu."

"Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran"

balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan

songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia

untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMAN NIRROHIM"

"Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa

khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu la dahsyatnya malam Jumaat

Friday, July 4, 2008

Program Berambeh di SK Kpg Beraya






Aku bersama dengan beberapa orang guru serta para pelajar SM Sains Miri berkunjung ke Sek Keb Kg Beraya untuk membuat program motivasi kepada pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Mungkin nama kampung ini begitu terasing buat pembaca sekelian. Ya tak ? Ia terletak lebih kurang 26 kilometer dari Bandar Miri. Boleh lah kita katakan ia agak terpinggir dari Bandar (sekolah ulu). Tetapi kampung ini turut berbangga khasnya orang kampungnya kerana ia adalah tempat orang kelahiran Pengarah Pelajaran Sarawak masa kini – Dr. Julaihi. Ya , memang benar pengarah adalah berasal dari orang kampung ini yang mana kalau kita lihat penduduknya adalah bertani dan berkebun. Seorang pengarah lahir daripada sebuah keluarga tani ! Apa yang ku fikirkan adalah tidak mustahil suatu masa nanti anak-anak orang kampung ini akan mengikuti jejak langkah pengarah pelajaran tersebut….

Teringat aku kisah HAMKA yang mana lahirnya juga adalah dalam sebuah keluarga tani iaitulah di sebuah kampung di Indonesia. Tetapi HAMKA telah dapat mengharumkan nama keluarganya apatahlagi Indonesia amnya kerana beliau merupakan alim ulamak pada masa itu.



Bapaku tak solat


Seperti biasa selepas aku menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama pelajar-pelajarku, aku duduk sekejap bersama Wildan dan Jazlan. Memang aku akui pelajar-pelajar aku menghormatiku kerana selepas solat mereka berduyung-duyungdatang untuk bersalam denganku. Tak terlepas juga Wildan dan Jazlan pun turut sama bersalam. Sambil bersalam itu ada juga bebudak aku yang bertanya tentang soa-soal keagamaan dan aku terus jawab kat situ juga. Kalau aku tak dapat jawab, aku akan bagitau kemudian.

Suatu hari aku didatangi oleh seorang pelajar lelaki sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib. Biarlah aku rahsiakan namanya dan aku namakannya Amin (nama samaran). Amin menunjukkan kepadaku sejenis kayu yang diberikan oleh ayahnya kononnya kayu itu dapat menghindari jin dan syaitan. Amin bertanyakan kepadaku boleh tak dia guna pakai kayu yang diberikan oleh ayahnya itu. Aku jawab dengan nada selamba 'tak boleh' sebab ianya merupakan tangkal dan boleh memudaratkan sesuatu (HALAU JIN DAN SYAITAN). lalu aku jelaskan lagi bahawa ia termasuk dalam syirik. Si Amin tadi termenung sejenak dan tiba-tiba ia menangis. Aku pun terpaku seketika.

Sejurus kemudian Amin bersuara dengan nada yang terisak-isak dan katanya, "ustaz, ayah saya tak sembahyang". Aku tanya "macammana kamu tahu ayah kamu tak sembahyang ?".
Dia jawab "memang saya nampak dia tak sembahyang dan dia tak pergi solat Jumaat ".
"camner ngan mak kamu ?" aku tanya lagi.
"mak saya sembahyang ustaz, dia tak pernah tinggal sembahyang", katanya.
"sejak bila kamu perasan ayah kau tak sembahyang" tanyaku lagi dengan bersungguh untuk ingin tau lagi.
"sejak saya di sekolah rendah lagi..." jawabnya. tangisannya masih lagi tak berhenti tika itu. disapunya air matanya acapkali supaya tak jatuh ke pipi.
"kenapa kamu atau mak kamu tak ajak dia sembahyang ?"
"dah ajak selalu ....tapi dia buat tak endah je...." jawabnya dengan nada perlahan. Aku memerhati raut wajahnya yang mana aku kira dia malu padaku kerna tangisannya.

dipendekkan cerita....aku beri dia beberapa tips:
(1) ajaklah dia selalu sembahyang walaupun dia suka mengelak.
(2) sembahyang di hadapannya dan berdoa kuat-kuat dalam Bahasa Melayu supaya ayahnya diberi petunjuk.
(3) letakkan majalah-majalah agama (yg sebut tentang solat lagi baik) di atas meja @ ruang tamu.
(4) jumpa adik beradik ayahnya dan suruh mereka yang bagi nasihat.
(5) pasang tape, cd quran @ ceramah agama bila dia ada di rumah.
(6) jangan lupa berdoa pada Allah tiap-tiap kali lepas solat supaya Allah buka pintu hati ayahnya.

Wednesday, July 2, 2008

Pingu

Entri kali ni aku nak sentuh pasal “Pingu” iaitulah cerita kegemaran anakku. Kebanyakan daripada kita mungkin kenal siaran ni. Setakat yang aku tahu ia adalah cerita kegemaran kanak-kanak bukan dewasa.

Pingu ialah siri animasi yang mengisahkan seorang burung penguin yang nakal bernama Pingu. Siri kartun ini pernah disiarkan di Malaysia melalui saluran TV3 dan Astro dalam saluran 64 Astro Ceria.

Pingu adalah satu siri animasi Switzerland siri ditujukan kepada kanak-kanak. Ia mengambarkan sebuah keluarga penguin yang tinggal di Kutub Selatan, dan terutamanya tertumpu pada kerenah anak lelaki, Pingu, dan rakannya Robbie Anjing Laut. Terdapat juga banyak adegan-adegan bertema keluarga, membuat sorotan ibu dan bapa dan adik kecilnya (selepas dia menetas) Pinga, serta beberapa watak-watak lain kecil.

Empat siri terdiri daripada 105 adegan semuanya telah dihasilkan semenjak 1986 seterusnya. Siri ini diarah dan dianimasikan oleh Otmar Gutman untuk TV Switzerland (Trickfilmstudio) dengan menggunakan teknik gerakan tanah liat.

Setiap episod adalah sepanjang lima minit, bagaimanapun satu episod siri istimewa sepanjang 20 minit ("Satu Perkahwinan Yang Amat Istimewa") juga dihasilkan, yang memperkenalkan sebuah keluarga penguin hijau.

Satu daripada ciri-ciri yang membuat Pingu satu kejayaan antarabangsa adalah hakikat bahawa terdapat tiada dialog sebegini. Kesemua dialog diberikan dalam sejenis bahasa penguin ("Pinguish" atau "Penguinese"), dipersembahkan (tanpa skrip) oleh Carlo Bonomi.

Pada 2004, Hit Entertainment membeli hak United Kingdom untuk siri (termasuk 105 adegan asal), dan menghasilkan 52 adegan selanjutnya, yang telah disiarkan pada tahun yang sama. Ciri suara baru ini pelakon Marcello Magni dan David Sant, kerana Bonomi, ketika itu berusia sekitar enam puluhan, di anggap terlalu tua.

Walaupun Pingu terletak di Antartika, dia dan keluarganya tinggal dalam iglu, yang hanya terdapat di Kutub Utara sahaja, dahulunya didiami oleh penduduk asli Inuit.

Walaupun begitu, aku tak suka anakku menonton cerita itu saja, ada juga aku belikan cd keluaran anak soleh untuknya. Hasilnya anakku dah dapat menghafal alif, ba ta sampai akhir dan juga menghafal sifat-sifat Allah. Begitu juga dengan lagu-lagu nasyid Wildan dah dapat hafal 4, 5 lagu.

Tuesday, July 1, 2008

Latihan Memanah















Bermula minggu lepas, aku bersama dengan cikgu Syahrul turun padang untuk membuat latihan memanah bagi 2 orang pelajar - Mohd Ihsan dan Fatthie Khairullah hisysham. Mereka ini akan mewakili pihak sekolah ke Sek Dato' Ab. Razak, Seremban bagi Pertandingan memanah peringkat SBP pada 10 - 13 Julai 2008. So, terpaksalah kami turun padang setiap petang bagi memastikan bebudak ni shoot tepat pada sasarannya.

Mereka dijadualkan berlatih pada setiap petang bermula jam 5.10 pm hingga jam 6.00 pm. Mereka akan mewakili sekolah dalam acara individu jarak 30 m, 40 m, 50 m dan 60 m.

Sabda nabi saw yang bermaksud:

"ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda"
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.